Zuraida Berjaya Buktikan Kebodohannya!


Zuraida Kamaruddin Ketua Wanita PKR pernah mendakwa UMNO Bahagian Hulu Selangor telah membawa masuk 2000 warga asing kononnya bertujuan untuk memastikan kemenangan BN, Terbaru, Zuraida mendakwa BN sedang “menyeludup pengundi dengan berselindung di sebalik program pemutihan pendatang asing.”
Apa yang menarik, Zuraida mendakwa pendatang-pendatang asing itu dikehendaki bersumpah untuk menyokong UMNO dan BN sebagai salah satu daripada syarat proses pemutihan. Malah beliau mendakwa pendatang-pendatang tersebut diminta untuk menandatangani surat akur janji sebagai syarat untuk mendapat status kewarganegaraan.
Beliau mendakwa Wanita PKR sempat mengambil skrip sumpah tersebut dan ianya bakal dijadikan sebagai bukti pendakwaannya. Namun seperti pihak pembangkang dungu yang lain, Zuraida juga didapati setaraf bodohnya dengan pemimpin pembangkang yang lain. Sudah menjadi kebiasaan, para pembangkang akan mereka-reka bukti bagi menguatkan dakwaan fitnah mereka.
Bagi Zuraida pula, beliau telah menunjukkan satu helaian kertas yang amat diragui kesasihannya sebagai bukti. Kertas yang didakwa skrip perjanjian tersebut telah dipaparkan kepada wartawan kononnya bukti sahih yang diperolehi daripada pihak Wanita PKR yang berjaya menyamar sebagai warga asing.



Beliau juga mendakwa pihaknya mempunayi 10 orang saksi dan sedang mengumpul lebih banyak bukti untuk tujuan pendedahan kepada rakyat.

Kita lihat balik bukti di atas... Adakah ianya satu bukti yang sahih? yang tidak boleh diragui?
Satu dokumen yang mudah sahaja untuk ditaip dengan microsoft word, kemudian print, buat salinan banyak-banyak, kemudian tunjuk pada wartawan, dan dakwa ianya bukti sahih?

Sekali lagi Zuraida berjaya membuktikan kebodohannya kepada Rakyat Malaysia!


Syabas Dato Seri Najib Dan Datin Seri Rosmah !



Rakyat Malaysia seharusnya berasa bangga dengan keberanian Perdana Menteri Malaysia ini kerana tidak gentar apabila dipanggil oleh pihak Mahkamah untuk memberikan keterangan berhubung kes Liwat 2 Anwar Ibrahim. Kehadiran Dato Seri Najib dan Datin Seri Rosmah menjadi tumpuan seluruh yang hadir.

Namun masih ada lagi suara-suara sumbang yang kedengaran. Pihak pencacai Anwar Ibrahim Al Juburi didapati menggelar Perdana Menteri Malaysia sebagai penakut, hanya kerana keengganan beliau untuk memberi sebarang komen ketika diminta untuk ditemubual oleh para wartawan dan juga peguam-peguam Anwar.

Dato Seri Najib ternyata lebih arif, lebih bijak dalam menangani situasi tersebut. Beliau pasti sedar bahawa adalah tidak wajar untuk memberi sebarang ulasan atau komen kepada wartawan kerana perbicaraan masih belum lagi selesai. Keputusan belum dapat diputuskan. Adakah beliau layak digelar Penakut? Sedangkan beliau telah tampil di hadapan mahkamah hasil daripada usaha Anwar Ibrahim dan konco-konconya yang mahukan Dato Seri Najib dipanggil ketika perbicaraan!


Namun gelaran Penakut itu selayaknya diberikan kepada Anwar Ibrahim kerana beliau telah menolak untuk disoal balas oleh pihak pendakwaan. Adakah ini jalan yang seharusnya diambil oleh seseorang yang mendakwa dirinya dianayia? Tidakkah ini merupakan peluang utama Anwar Ibrahim untuk mematahkan hujah-hujah pihak pendakwa? Jika benar beliau difitnah, maka tiada masalah untuk beliau membuktikannya di hadapan mahkamah!

Tetapi, jelas Anwar Ibrahim ternyata seorang yang penakut, bacul kerana mengambil keputusan untuk tidak disoal balas oleh pihak pendakwa.

Nah siapa Penakut Sekarang !!

Peserta Dapat RM20 Ribu! PengCOVER Dapat Berapa?


Ini satu lagi info yang memeranjatkan mengenai isu serbuan Gereja oleh pihak JAIS tempoh hari.

Melalui satu sumber daripada sebuah blog, didapati :-

Seorang pengikut beragama Islam di Gereja Methodist Damansara Utama (Di serbu Jais) yg enggan dikenali,mendakwa dia menghadiri Majlis Gereja itu lebih setahun lalu selepas dibebani pelbagai masalah kewangan.

"Pelbagai bantuan saya terima,syaratnya,saya harus menyertai setiap program termasuk minum sejenis air."

Sehingga semalam,sudah tiga kali saya dipanggil JAIS untuk beri keterangan kerana menyertai kumpulan ini, Tetapi secara jujur kumpulan ini banyak berjasa kpd saya dan tiga anak saya,malah sehingga kini mereka sudah memberi kan bantuan lebih RM 20,000 kpd kami.

Apa yg saya tahu 100 ibu tunggal beragama Islam seperti saya mengikuti kumpulan ini serta menghadiri setiap majlis yg diadakan di Gereja Methodist Damansara Utama ini,katanya yg ditemui di luar Gereja itu.

Inilah cara yang digunakan oleh pihak gereja tersebut bagi menarik minat orang Islam untuk menyertai mereka. Sekaligus berusaha untuk memurtadkan mereka dengan habuan wang ringgit dan bantuan-bantuan lain.

Persoalannya jika para peserta disogok dengan habuan tersebut, apakah bentuk habuan pula yang diterima oleh para-para pemimpin lain yang sibuk mempertahankan gereja terbabit?

Khalid Ibrahim dapat berapa banyak ?
PAS Selangor dapat berapa banyak ?

Bolehkah kita mempercayai mereka ini untuk memimpin rakyat Malaysia yang mempunyai jumlah umat Islam yang ramai?


Hebat Mat Sabu Arah Polis Minta Maaf 24 Jam !


Semakin hari semakin naik kepala Mat Sabu ni, hinggakan berani untuk mengarah pihak polis untuk tampil memohon maaf kepadanya dalam masa 24 Jam!

Apa pentingnya Mat Sabu sehinggakan beliau boleh mengarah sesuka hati? Adakah hanya kerana beliau merupakan timbalan presiden PAS, sebuah parti yang bakal kehilangan suara mereka apabila ditenggelami oleh suara DAP dan PKR? Suara Mat Sabu tidak penting bagi negara. Pihak polis tidak perlu untuk melayan karenah sasau Mat Sabu ini.

Jelas rakyat sudah melihat, pembohongan Mat Sabu, fitnah Mat Sabu terhadap Pihak Polis apabila beliau menuduh dirinya dilanggar oleh Pihak Polis sehingga menyebabkan kecederaan serius pada lututnya.

Bukti berupa rakaman video ketika kejadian telah dipertontonkan kepada rakyat! Ternyata Mat Sabu tidak pandai naik motor sehinggakan terjatuh sendiri! Adakah video itu juga satu usaha Superimpose daripada kerajaan?

Hentikanlah penipuan kamu Mat Sabu...Rakyat Malaysia benci kepada BERSIH 2.0 yang lebih banyak menyusahkan hidup mereka.

Balasan Setimpal Kepada Pengkhianat Negara !


Adakah tindakan Kerajaan untuk membuang pelajar-pelajar di Mesir dilihat sebagai satu tindakan yang kejam?

Pelajar-pelajar ataupun layak digelar pengkhianat-pengkhianat negara ini telah dibuang daripada meneruskan pelajaran mereka di Mesir kerana didapati mereka adalah dalang utama yang merancang demonstrasi BERSIH 2.0 di sana.

Adakah kerajaan Kejam? TIDAK !

Kini para pengkhianat ini ada hati ingin mendesak kerajaan untuk mempertimbangkan semula keputusan pembuangan tersebut. MENDESAK !

Adakah ini cara yang sepatutnya dilakukan untuk meminta kerajaan meneliti semula keputusan tersebut? Dengan MENDESAK?

Mengapa perlu kerajaan meneliti atau mempertimbangkan kembali keputusan itu? Adakah mereka mendengar cadangan kerajaan agar MEREKA mempertimbangkan untuk tidak mengadakan demonstrasi BERSIH ? TIDAK !!

Pengajian mereka dibiyai oleh Kerajaan! Ketika krisis di Mesir dahulu, Kerajaan yang menghantar mereka pulang! Tetapi kini, mereka menentang kerajaan!

Apa yang perlu mereka takutkan? Tidak mempunyai wang untuk meneruskan pelajaran di Mesir?

Tidak apa! Minta sahaja pada Ambiga! Minta sahaja pada Nik Aziz! Minta sahaja pada Anwar Ibrahim! Mereka pasti dengan ikhlas akan membantu para penyokong mereka.

Inilah Balasan Yang Setimpal Kepada Pengkhianat Negara! RASAKAN !

Siasat Atau Rombak Semula Majlis Peguam !


Kebelakangan ini banyak kritikan yang diterima oleh pihak Kerajaan dan SPRM berikutan kes kematian BUNUH DIRI - Teoh Beng Hock. Pihak pembangkang tidak melepaskan peluang untuk menjadikan isu ini sebagai salah satu peluru mereka untuk menghentam kerajaan Barisan Nasional dan juga pihak SPRM.

Kita telah lihat bagaimana keluarga mendiang Teoh Beng Hock juga telah terpengaruh dengan hasutan syaitan berniat jahat daripada pihak pembangkang. Mereka terus menerus menuduh SPRM yang bertanggungjawab dalam "Membunuh" Teoh Beng Hock. Pelbagai taktik yang mereka gunakan bagi menguatkan dakwaan mereka bahawa Teoh mati dibunuh dan bukannya membunuh diri.

Kita juga dapat lihat peranan yang dimainkan oleh Pihak DAP, PKR malah PAS juga di dalam isu ini. Justeru itu satu suruhanjaya diraja telah ditubuhkan bagi melakukan siasatan ke atas kematian Teoh Beng Hock. Kini keputusan siasatan telah kita ketahui. Teoh Beng Hock ternyata membunuh diri kerana tertekan. Malah tekanan itu berpunca daripada siasatan ke atasnya berhubung isu rasuah seorang pemimpin DAP di Selangor.

Nyata kini! DAP yang bertanggungjawab di atas kematian Teoh Beng Hock. Apakah reaksi keluarga Teoh apabila mendapati, rupa-rupanya DAP yang bertanggungjawab!

Kini kedengaran pula kritikan dan bantahan daripada pihak Majlis Peguam yang dikatakan tidak menerima keputusan siasatan Suruhanjaya Diraja. Kenapa mereka pertikaikan pula? Adakah ini kali pertama Siasatan Suruhanjaya Diraja ini digunakan di negara kita? Adakah logik pada akal apabila keputusan tersebut dipertikaikan oleh Majlis Peguam? Apa lagi yang mereka mahu?

Mengapa perhatian seperti ini tidak diberikan kepada kes pembunuhan Sosilawati yang nyata telah dibunuh dengan kejam! Adakah kerana pembunuh itu terdiri daripada ahli Majlis Peguam?

Ini bermakna Majlis Peguam juga tidak bersikap telus di dalam sesuatu isu. Ternyata Majlis Peguam mempunyai agenda mereka tersendiri terhadap isu kematian Teoh Beng Hock. Pihak Kerajaan harus meneliti perkara ini dengan lebih mendalam.

Adakah Majlis Peguam harus dirombak semula ?

Batalkan Biasiswa Pelajar Pengkhianat !

Ketika tiada sumber kewangan ketika mahu melanjutkan pelajaran, para ibu bapa mereka sanggup berhempas pulas, merayu kepada pihak kerajaan untuk mendapatkan bantuan biasiswa untuk anak mereka. Akhirnya setelah pelajar ini diberi bantuan kewangan yang secukupnya, kini mereka berpaling tadah bersekongkol dengan pihak pembangkang yang mempunyai agenda untuk menjatuhkan kerajaan.

Lihat sendiri para pelajar Malaysia di Mesir yang tidak mempunyai kesedaran, tidak tahu berterima kasih diatas bantuan yang mereka terima selama ini.



Sumber daripada mediapermatangpauh.blogspot


Adakah ini balasan yang harus diterima Kerajaan setelah segala bantuan diberikan kepada mereka ini? Sedarkah mereka semua, betapa ramai lagi rakyat malaysia yang tidak bernasib baik seperti mereka, yang terpaksa melupakan hasrat untuk melanjutkan pelajaran mereka kerana kekurangan sumber kewangan?

Seharusnya Pihak Kerajaan bertindak tegas keatas pelajar-pelajar ini. Tarik kembali biasiswa mereka sebagai pengajaran kepada mereka. Lebih tegas lagi jika Kerajaan dapat berkerjasama dengan pihak universiti dan menggantung pengajian mereka yang terang-terangan menentang kerajaan.

Anwar Ibrahim Kini Tenat Di Hospital Akibat Ditembak !

Berita dari media pembangkang melaporkan "Anwar cedera" dalam berbagai versi; ada yang mengatakan 'Anwar ditembak dikepala' dan ada pula yang melaporkan 'Anwar sedang parah dipukul polis'.

Apa yang pasti, ketika pengikutnya sedang hangat merusuh jalan raya, Anwar Ibrahim hanya menyembunyikan dirinya di Hotel KL Hilton, ketakutan apabila melihat kecekapan pihak polis pada kali ini yang jelas telah berjaya mengagalkan usaha perhimpunan BERSIH diadakan.

Jika benar Anwar al-juburi ditembak, ertinya beliau sekali lagi mencatat sejarah baru, selain sejarah pemimpin liwat. Jelas sekali Anwar kebal, bahkan tubuh Anwar tidak berdarah walaupun ditembak, Gambar ini sebagai bukti terciptanya sejarah baru al-juburi!



lakonan 'Papa Pembohong' disaksikan anaknya...

Hebat sekali lakonan dia!, berapa lama dia sembunyi dalam hotel KL Hilton itu, tapi tiba-tiba boleh jadi parah sebegini kononnya dizalimi pihak polis!

Rakyat bukan buta! lakonan lapok daripada Anwar Al Juburi !

Info Senarai Jalan Yang Akan Ditutup Kerana BERSIH !


Berikut adalah senarai jalan yang akan ditutup di Kuala Lumpur kerana perhimpunan bersih pada 9 julai 2011. Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata, polis terpaksa mengambil langkah mengetatkan kawalan untuk menentukan keselamatan orang ramai dan ketenteraman awam terus dikekalkan. Sekatan-sekatan jalan raya di tempat-tempat tertentu terpaksa diadakan untuk mengelakkan kumpulan-kumpulan pengacau daripada memasuki ke bandar raya.

• Lebuh Ampang
• KLCC
• Bank Negara
• Dataran Merdeka
• Sogo
• Chow Kit
• Menara Sultan Ismail
• Masjid Negara
• Jalan Raja Chulan
• Jalan Ipoh
• Sentul
• Jalan Tuanku Abdul Rahman
• Jalan P.Ramlee
• Jalan Bandar
• Subang Jaya (Near Segi)
• Sunway Pyramid and Subang Parade
• The Federal Highway
• LDP
• Seremban Highway

Stadium Merdeka Tolak Perhimpunan BERSIH


Pihak Pengurusan Stadium Merdeka kini menolak permohonan BERSIH untuk menjadikan tempat itu sebagai pusat perhimpunan haram BERSIH kelak. Pihak pengurusan telah memberikan beberapa alasan bagi menolak tempahan pihak penganjur BERSIH.

Alhamdulillah, kerana jelas menunjukkan, ramai yang tidak bersetuju perhimpunan haram ini diadakan. Pihak Polis telah menyatakan pendirian mereka. Pihak NGO telah menentang BERSIH yang hanya bakal menimbulkan kekecohan yang akan menyusahkan rakyat Malaysia.

Jika BERSIH diadakan, pasti akan berlaku kekecohan. Apa yang mampu kita lakukan hanyalah bergantung kepada kecekapan pihak polis dalam menangani situasi pada hari tersebut.

Dinasihatkan kepada seluruh rakyat Malaysia, janganlah sertai perhimpunan haram ini. Yang paling penting, jangan libatkan anak-anak kecil yang tidak mengetahui apa-apa. Keadaan pada hari tersebut pasti akan menjadi tegang. Demi keselamatan anak-anak kita, jauhilah mereka daripada segala bahaya.

Para Mahasiswa dan Mahasiswi. Jangan terlibat di dalam perhimpunan haram ini. Jika anda ditangkap oleh pihak polis kelak, masa depan anda semua akan musnah. Fokus kepada pelajaran. Jangan terlalu ikut emosi!.

Bersama Kita, Tolak Perhimpunan Haram BERSIH !


9 Alasan Mengapa BERSIH Harus Di Tentang !


1 .Perhimpunan haram Bersih 2 yang dirancang untuk diadakan pada 9 Julai nanti, diketuai oleh individu yang memperjuangkan beberapa isu kontroversi seperti kes murtad dan suruhanjaya antara agama di negara ini.

‎2. Apa yang difahami, perhimpunan haram itu diketuai bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan dan Timbalan Presiden Pas, Mohammad Sabu yang sememang suka membangkitkan isu-isu kontroversi.

‎3. Mat Sabu semua orang kenal, tetapi tidak ramai yang tahu mengenai Ambiga, beliau adalah peguam kepada Lina Joy, (gadis Melayu yang mohon keluar Islam untuk berkahwin dengan pemuda India beragama Kristian).

‎4. Ambiga juga adalah antara individu yang terbabit dengan suruhanjaya antara agama (IFC) serta pendokong dan penyokong kuat isu murtad di negara ini.

5. Tidak kira siapa, perhimpunan haram atau demonstrasi jalanan tidak harus dibenarkan di negara ini, tiada keperluan untuk kita mengadakan perkara itu, banyak masalah yang timbul daripada kebaikan dan perkara sebegini perlu dibendung.

‎6. Pada umat Islam yang ingin menegur pemerintah haruslah berdasarkan saranan Rasulullah SAW iaitu melakukannya mengikut saluran yang betul iaitu “Lakukanlah secara peribadi dan individu, dan ia (nasihat) harus diberi secara rahsia, kerana apabila mana sesuatu nasihat diberi secara terbuka, itu bukan lagi nasihat, sebaliknya ia akan membuka keaiban pemerintah".

‎7. Merujuk kepada sejarah Islam, terdapat kisah menceritakan bagaimana seorang Yahudi bernama Abdullah Saba menganjurkan perhimpunan pada zaman Khalifah Uthman Affan sehingga menimbulkan perpecahan dan akhirnya mengorbankan nyawa khalifah itu sendiri.

‎8. Merujuk kepada penggunaan dalil oleh bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang memetik sebuah hadis Rasulullah mengenai seorang sahabat mengadakan demonstrasi jalanan kerana disakiti jiran sebagai dalil membenarkan demonstrasi jalanan adalah tidak tepat.

‎*“Cara guna dalil itu tidak tepat, tajuk dalil itu tak sama, dalil kejiranan tak boleh disamakan dengan dalil kepimpinan. Hadis itu memang sahih, tetapi situasinya tidak sama kerana jiran tidak boleh disamakan dengan pemerintah,” kata Dr Fadlan Mohd Othman, Pensyarah Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

‎9. Golongan minoriti yang menganjurkan perhimpunan BERSIH seharusnya menghormati golongan majoriti yang rata-rata menyokong KERAJAAN.

‎* Sesebuah KERAJAAN terbentuk apabila majoriti rakyat menyokong sesebuah parti yang di ingini.. Jadi golongan minoriti yang menentang KERAJAAN yang dibentuk mesti menghormati keputusan majoriti. Setiap KERAJAAN yang dibentuk boleh berbuat apa sahaja yang perlu sekiranya menganggu gugat kehendak MAJORITI yang menyokong KERAJAAN.

BERSIH 2.0 - Mahasiswa Tidak Terlibat!



Perhimpunan BERSIH yang bakal diadakan pada 9hb Julai ini sedang menjadi tajuk utama di akhbar dan berita semasa. Para penyokong Kerajaan termasuk NGO juga telah menyatakan tentangan mereka terhadap BERSIH.

Kini penganjur BERSIH dilihat begitu terdesak untuk mendapatkan peserta mereka untuk perhimpunan itu nanti. Sasaran utama mereka ketika ini adalah warga Mahasiswa Universiti. Mereka telah pun menjalankan usaha untuk meraih simpati daripada golongan mahasiswa ini. Wujud juga kumpulan yang bertopengkan agama datang ke asrama-asrama mahasiswa dan mereka cuba untuk mempengaruhi mahasiswa ini untuk menyertai kumpulan mereka.

Namun apa yang membanggakan, Mahasiswa kita tidak mudah terpengaruh, malah mereka telah pergi mengedarkan risalah keamanan mengajak masyarakat menolak perhimpunan yang tidak berasas mahupun ada sebarang faedah kepada mana mana pihak yang berfikiran waras didalam negara tercinta ini!


Kedaulatan undang-undang haruslah kita hargai kerana hanya itu sahaja yang menentukan keselamatan kita bersama.

PAS Dah Lama Hina Al Quran dan Agama Islam

Isu lukisan kartun yang dipaparkan di Utusan Malaysia sedang menjadi isu kepada PAS. Lukisan tersebut yang dilihat sedang memaparkan situasi seorang gadis dirogol dan gadis tersebut pergi membuat aduan kepada tok penghulu, namun aduan tidak dilayan kerana kekurangan saksi. Manakala apabila gadis tersebut membuat aduan kepada pihak polis, bukti rakaman video melalui telefon bimbit telah diterima sebagai bahan bukti.

Sila lihat kartun tersebut



Dewan Pemuda PAS Pusat telah menganggap kartun tersebut telah menghina Agama Islam. Mereka mendakwa Utusan Malaysia telah menghina hukum Allah SWT dengan bertindak mengelirukan rakyat dengan kartun tersebut. Malah Dewan Pemuda PAS telah menuntut agar pihak Utusan Malaysia tampil memohon maaf di atas penyiaran kartun itu.

Penulis rasa PAS tidak seharusnya menjadikan Kartun tersebut sebagai satu isu. Ianya kelihatan seperti PAS sedang kekurangan idea, mencari apa sahaja perkara yang boleh dijadikan isu untuk menghentam kerajaan.

PAS tidak seharusnya berlagak suci daripada dosa, sedangkan PAS sendiri telah lama menggunakan platform kartun bagi menghina Agama Islam malah menghina individu sesama Islam. Mengapa apabila perkara yang sama dilakukan oleh Utusan Malaysia, PAS harus melenting?

Terasa pedih apabila kena pada batang hidung sendiri? Sedangkan diri sendiri sedap mengata, mengutuk, memfitnah orang lain?


Bagaimana pula dengan akhbar pihak pembangkang? dengan kartun di atas adakah ianya tidak menghina Agama Islam? Tidak menghina individu sesama Islam?

PAS ternyata Hipokrit. Apabila diri mereka sudah rasa terancam apabila dengan jelas kini DAP dan PKR yang menjadi no 1 dan no 2 ketua pembangkang, PAS kini dilihat sedang berhempas pulas mengemis di merata tempat, mencari sebarang isu yang boleh dijadikan tajuk utama akhbar mereka.

Ulama PAS sudah tidak relevan lagi dengan PAS. Kini mereka hanya bertuankan Tuan Guru Mat Sabu sebagai pejuang mereka. Bagaimana seorang Penzina boleh dijadikan naib presiden dan seorang Peliwat boleh dijadikan idola kepada PAS?

Negara Berkebajikan? Mana Pergi Negara Islam?


Kita lihat kenyataan Abdul Hadi Awang ketika ditanya mengenai isu Negara Berkebajikan yang merupakan tema utama Muktamar PAS baru-baru ini.

"Tema kita negara berkebajikan, ia sememangnya dah ada dalam Islam. Dalam al Quran tak sebut negara Islam, dia sebut negara kebajikan, jadi kita laksanakan iaitu kita dahulukan yang ada persamaan," kata Abdul Hadi.

Adakah ini bermakna selama lebih 20 tahun ini, PAS sememangnya sedar bahawa di dalam Al-Quran tidak menyebut negara islam? Jadi selama ini PAS yang seringkali melaungkan perjuangan negara Islam adalah lakonan semata-mata?

Nampaknya PAS adalah sebuah parti yang tidak boleh rakyat harapkan untuk memerintah Malaysia. PAS kini dilihat begitu mudah menyingkirkan perjuangan asal mereka hanya demi kepentingan mereka bersama parti DAP dan PKR. Ini amat berbeza dengan Barisan Nasional. Walaupun kerajaan ada usaha bagi menjemput PAS untuk bersama-sama dengan BN sebagai sebuah parti komponen, tetapi BN tetap dengan pendiriannya. BN tidak pernah menyatakan bahawa jika PAS sertai BN, maka kerajaan akan tukar undang-undang kini kepada undang-undang Hudud.
Kita dapat lihat perbezaan kekuatan dalam mempertahankan pendirian diantara kedua-dua parti ini. PAS dilihat amat lemah apabila diuji oleh DAP, sehinggakan PAS sanggup untuk mengenepikan perjuangan negara Islam mereka dan kini mereka laungkan pula penubuhan Negara Berkebajikan.

Adakah PAS tidak sedar bahawa Barisan Nasional adalah sebuah parti yang telah lama bertapak di Malaysia ini telah terlebih dahulu mewujudkan sebuah Kerajaan Berkebajikan? Tetapi usaha kerajaan seringkali mendapat tentangan daripada PAS yang menolak dasar kerajaan, dan bertindak memperjuangkan sebuah Negara Islam serta memperjuangkan Hukum Hudud dijalankan di Malaysia.

Tindakan PAS mengenepikan dasar perjuangan asal mereka adalah hanya kerana mereka takut jika kehilangan sokongan daripada DAP dan PKR. Rakyat sudah tahu bahawa Karpal Singh, Lim Kit Siang, malah Anwar Ibrahim sendiri tidak setuju dengan perjuangan PAS yang dilihat begitu ekstrimis. Adalah satu perkara yang tidak mungkin terjadi, jika DAP dan PKR turut sama memperjuangkan sebuah Negara Islam. Kenapa?

Hal ini kerana, Lim Kit Siang, Karpal Singh, Anwar Ibrahim hidup selesa di Malaysia selama ini adalah kerana hasil Negara Berkebajikan Barisan Nasional. Mana mungkin mereka akan menggadaikan prinsip negara berkebajikan ini dan bertukar kepada dasar sebuah Negara Islam yang menggunakan Hukum Hudud? Walaupun berat untuk mereka akui tetapi hakikatnya mereka dan anak-anak mereka hidup dengan selesa hasil daripada usaha berterusan Barisan Nasional.

Kini PAS baru nak laungkan dasar Negara Berkebajikan. Ini sudah ketinggalan, dah jauh dah...
Barisan Nasional dah lama menggunakan dasar ini. Malaysia dah maju pun. Buat apa rakyat nak berpatah balik ke belakang? Buat apa rakyat nak mula semula dari bawah? Adalah lebih baik jika rakyat terus berusaha ke hadapan, memajukan diri mereka sealiran dengan peredaran masa. Bukannya pandang ke belakang...


BN tidak Islam kerana tidak memperjuangkan Negara Islam. Kini PAS kata dalam Al Quran tiada sebut Negara Islam. Jadi? Adakah selama ini BN telah difitnah oleh PAS? Adakah rakyat telah dikelirukan oleh PAS dengan segala dakyah-dakyah mereka yang dengan lantang mengkafirkan UMNO yang didakwa tidak memperjuangkan Negara Islam?

PAS tidak boleh dipercayai rakyat, malah PAS tidak layak diberi tanggungjawab mentadbir negara. Ternyata PAS tidak mampu untuk menjadi parti pentadbir negara kerana PAS tidak kuat dalam mempertahankan ideologi mereka. PAS senang untuk dipengaruhi pihak lain, senang sangat untuk mengubah sesuatu keputusan.

Demi Kebajikan, Kesejahteraan Rakyat Malaysia, Kita bersatu untuk menolak Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum nanti. Jangan gadaikan segala nikmat kemudahan yang kita kecapi selama ini.

Bersama Kita Memberi Sokongan Kepada Barisan Nasional !

Kemusnahan Ulama PAS, Dalang Anwar Ibrahim


Keputusan undian perwakilan PAS hari ini sebenarnya tidak menjadi suatu kejutan bagi banyak pihak. Rata-rata ramai pihak pemerhati daripada aliran PAS mahupun Barisan Nasional telah menjangkakan keputusan yang bakal diumumkan pada hari ini.

Penguasaan puak Erdogan yang juga Puak Pro Anwar Ibrahim di dalam PAS menunjukkan kelemahan pucuk pimpinan PAS terutamanya para Ulama PAS. Adakah ini juga hasil daripada tindakan Muktamar PAS Nik Aziz yang dilihat lebih mementingkan perihal Anwar Ibrahim daripada ahli PAS yang lain.

Umum telah lihat kenyataan demi kenyataan daripada Nik Aziz sendiri yang boleh kita nilaikan sebagai berat sebelah. Walaupun rakyat telah pun didedahkan dengan bukti-bukti kebenaran di atas pertuduhan yang dihadapi Anwar Ibrahim, Nik Aziz tetap mengambil tindakan dengan menyelar pihak kerajaan, malah mempertikaikan usaha pihak berkuasa dalam menjalankan tugas siasatan ke atas Anwar Ibrahim.


Persoalannya, mengapakah seorang Ulama terkenal seperti Nik Aziz boleh mengambil pendekatan berat sebelah yang jelas dilarang oleh Agama Islam sendiri? Siapakah yang bertanggungjawab dalam mempengaruhi Nik Aziz sehinggakan tindakannya menyebabkan rakyat melihat PAS kini semakin terpesong jauh daripada perjuangan asal?

Jika kita perhatikan, terdapat perbezaan pendapat diantara sebahagian ahli PAS dan Nik Aziz. Ada juga pihak yang sedar akan wujudnya usaha untuk menghadkan penguasaan Ulama di dalam kepimpinan PAS Pusat dan menggantikan para ulama tersebut dengan kumpulan puak erdogan yang terdiri daripada pelbagai latar belakang. Dan yang pastinya kumpulan ini bukanlah berciri Ulama seperti mana PAS dahulu.


Tindakan Nik Aziz dalam mempertahankan Anwar Ibrahim habis-habisan boleh kita buat suatu kesimpulan bahawa Anwar Ibrahim telah pun berjaya menyusupkan pengaruhnya di dalam Parti PAS. Strategi Anwar yang amat licik ini bertujuan agar dirinya akan sentiasa mendapat pembelaan daripada pihak PAS. Malah imej PAS yang bertopengkan Agama Islam amat sesuai bagi Anwar Ibrahim untuk menggunakan kelebihan itu dalam mempengaruhi rakyat yang menyokong PAS. Jika Anwar mendapat sokongan padu daripada ahli PAS malah disokong pula dengan barisan kepimpinan PAS maka Anwar Ibrahim kini sudah mendapat satu senjata yang amat berguna bagi kepentingan politik dirinya.

Apa yang pasti, adakah para Ulama di dalam PAS akan terus mendiamkan diri mereka untuk dipergunakan oleh Anwar Ibrahim?

Adakah ahli-ahli PAS akan terus menutup mata di atas kebenaran yang telah jelas didedahkan kepada rakyat Malaysia?

Apakah tindakan yang akan mereka ambil jika Anwar Ibrahim disabitkan dalam pertuduhan yang dihadapinya kini?

Konsert MTV Diteruskan. PAS Tiada Kuasa Dalam Pakatan Rakyat


Satu Konsert Besar-besaran akan diadakan di Kawasan Komersial Antarabangsa I-City, Selangor. Konsert MTV World Stage Live itu diadakan bagi tujuan mempromosikan Shah Alam di Pentas Dunia.

Namun sebaliknya perkara ini tidak dipersetujui oleh Dewan Pemuda PAS, Negeri Selangor. Mereka telah menyatakan bantahan mereka kepada Tan Sri Khalid Ibrahim berhubung isu ini. PAS menyatakan penganjuran Konsert MTV World Stage Live ini adalah bertentangan dengan Enekmen Kawalan Hiburan Negeri Selangor.

Tetapi Tan Sri Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor menolak usul daripada Dewan Pemuda PAS!. Khalid Ibrahim memberi alasan bahawa kelulusan telah diberikan sejak tahun lepas dan Konsert tersebut adalah hasil daripada cadangan Sultan Selangor sendiri.

Apa dah jadi? Pakatan Rakyat nampaknya tidak menunjukkan pakatan mereka yang sepatutnya.

Apakah PAS tidak mempunyai suara langsung di dalam Pakatan Rakyat? Adakah ini bermakna PAS tidak langsung dihiraukan oleh Pakatan Rakyat?

Adakah PAS akan membiarkan sahaja konsert tersebut dijalankan? Bukankah ianya amat bertentangan dengan ajaran Agama Islam? Pasti ramai remaja yang akan leka ketika konsert tersebut dijalankan, malah mereka akan disajikan dengan hiburan-hiburan yang pasti akan bertentangan dengan ajaran Agama Islam.

Apa kata Ulama Nik Aziz dan Hadi Awang? Adakah mereka akan menghalalkan konsert tersebut? adakah mereka akan usulkan pula agar diadakan satu solat berjemaah besar-besaran sebelum konsert yang penuh dengan unsur haram itu diadakan nanti?

Atau adakah para kumpulan pemuzik yang terlibat akan diwajibkan memakai jubah dan purdah?

Saya usulkan agar Dewan Pemuda PAS mengajak para pejuang berani AMK untuk turun bersama-sama dan buat satu demonstrasi bagi menuntut Konsert tersebut dibatalkan! Kita jangan gentar dengan Khalid Ibrahim! Perjuangan Islam harus kita teruskan tidak kira siapa pun yang menjadi penghalang!

TAKBIR !!!

[Video] Forum Sinar: Khairy, Nasrudin, Dr Asri Mengulas Isu Video Seks Anwar Ibrahim Part 1

Forum Sinar: Khairy, Nasrudin, Dr Asri Mengulas Isu Video Seks Anwar Ibrahim.


Nik Aziz Yang Sepatutnya Bertaubat


Inilah masalahnya jika manusia sudah lupa diri. Bila dah bertahun dirinya dipanggil dan digelar Ulama oleh para penyokongnya, maka semakin hari dilihat Nik Aziz semakin lupa diri. Barangkali Nik Aziz merasakan dirinya kebal daripada sebarang dosa. Barangkali juga Nik Aziz merasakan dirinya adalah bersifat maksum sehinggakan dirinya tidak boleh ditegur oleh mana-mana pihak sekalipun.

Adalah menjadi kesusahan kepada Parti PAS apabila Nik Aziz yang merupakan Mursyidul Am PAS dilihat semakin sibuk mempertahankan Anwar Ibrahim daripada menjaga kebajikan ahli PAS sendiri.

Terbaru, Nik Aziz Nik Abdul Aziz yang dalam ceramahnya di Kampung Setia, Kuang, menasihatkan pihak yang menabur fitnah terhadap Anwar dengan mengaitkannya dengan rakaman video seks tampil memohon maaf. Menteri Besar Kelantan itu berkata, orang yang membuat fitnah tidak akan merasa nikmat kubur apatah lagi hendak masuk syurga melainkan kena minta maaf kepada Anwar.

Malah Nik Aziz juga membuat kenyataan bahawa Anwar Ibrahim adalah merupakan seorang Pemimpin yang berlandaskan Syiar Islam.

Persoalannya adakah penilaian Nik Aziz terhadap Anwar Ibrahim juga dipersetujui oleh barisan kepimpinan PAS yang lain?

Bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat, Prof. Madya Mohd. Noor Deris, berkata, tindakan Nik Abdul Aziz itu jelas bercanggah dengan politik diamalkan oleh Rasulullah SAW yang diutuskan untuk menyempurnakan akhlak umat manusia.

"Nik Abdul Aziz mengaku memperjuangkan Islam tetapi membela pemimpin yang dikaitkan dengan pelbagai isu moral. Minta Nik Abdul Aziz bertaubat kerana membela orang seperti Anwar.

"Tindak-tanduk pemimpin Pas itu semakin bertentangan dengan perjuangan Rasulullah,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Walaupun digelar sebagai Ulama di kalangan pengikutnya, ini bukanlah tiket untuk Nik Aziz sewenang-wenangnya mempergunakan Islam bagi tujuan kepentingan politik peribadinya. Ahli-ahli PAS sendiri harus bijak untuk menilai sesuatu nasihat yang datang daripada Nik Aziz, kerana dengan tindakan beliau kini jelas banyak mengelirukan umat Islam di Malaysia.

Sultan Murka ! Khalid Bagi RM1,000 sahaja ! Majlis Yayasan Sampai RM300,000 !


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim akan memberi sumbangan sebanyak RM1,000 kepada setiap keluarga yang "ANAKNYA TERKORBAN" di dalam kejadian Tanah Runtuh Rumah Anak-Anak Yatim di Hulu Langat, sabtu lalu.

RM1,000 sahaja? Itukah jumlah yang akan diberikan daripada pihak kerajaan Selangor kepada mangsa-mangsa tersebut?

Difahamkan juga, Khalid telah memerintahkan agar satu dana khas diwujudkan bagi bantuan secara keseluruhan. Tetapi jumlahnya tidak dinyatakan ? Exco kebajikan Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail mengatakan, walaupun dana tersebut memang sentiasa ada tetapi jumlahnya belum dapat ditentukan sehingga semua mangsa dikeluarkan.

Mengapa perlu tunggu jumlah mangsa? Adakah pihak Kerajaan Barisan Nasional menunggu sehingga seluruh mangsa diselamatkan baru ingin mengumumkan bentuk bantuan? Tidak! Timbalan Perdana Menteri lebih awal mengarah agar segala perbelanjaan kos perubatan akan ditanggung oleh kerajaan. Perdana Menteri telah berjanji agar Rumah Anak Yatim tersebut akan dibina semula dan kosnya akan ditanggung Kerajaan. Malah setiap keluarga mangsa akan diberikan bantuan kewangan sebanyak RM10,000.

Bukan seperti Khalid! Hanya keluarga yang ANAKNYA TERKORBAN sahaja diberi bantuan, dan itupun hanya RM1,000 !


Mengapa Majlis Ulangtahun ke 40 Yayasan Selangor boleh ada peruntukan sehingga RM300,000!. Adakah untuk majlis ini juga adanya dana khas negeri Selangor yang sentiasa ada itu?

Mungkinkah Sultan Selangor akan murka sekali lagi apabila mengetahui jumlah bantuan RM1,000 sahaja yang diarahkan oleh Khalid untuk mangsa-mangsa tersebut?

Mungkinkah Sultan Selangor akan murka sekali lagi apabila melihat tiada langsung kelibat Khalid dan exco-exco kerajaan negeri Selangor hadir ketika baginda turun dan melawat mangsa kejadian?


Di Mana Khalid ketika itu dan ketika ini? Beliau berada di luar negara ! Untuk bermesyuarat kononnya? Tidak pula Khalid nyatakan mesyuarat apa?

Pasti Sultan Selangor mahukan penjelasan Khalid berhubung perkara ini!

KEJADIAN TANAH RUNTUH RUMAH ANAK-ANAK YATIM KPG GAHAL HULU LANGAT



Kira-kira 20 kanak-kanak dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Gahal, Batu 14 di Hulu Langat hari ini.

Setakat pukul 5.30 petang ini, lapan daripada mereka telah dikeluarkan daripada runtuhan itu oleh pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).


Difahamkan ketika kejadian kira-kira 2.30 petang tadi, semua kanak-kanak itu sedang berada di dewan makan rumah anak-anak yatim itu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, seramai 49 orang berada di kawasan Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis ketika kejadian tanah runtuh itu berlaku.




Katanya, seramai 24 orang terperangkap akibat kejadian berkenaan iaitu 20
pelajar dan empat warden."Difahamkan berlaku dua tanah runtuh serentak pada masa kejadian," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Beliau juga berkata, dua mangsa yang maut masing-masing berumur 11 dan 14 tahun.

Sementara itu, Tun Hisan meminta orang ramai yang berada di tempat kejadian supaya menjauhkan diri mereka kerana bimbang tanah runtuh berlaku lagi.


"Saya dengar bunyi dentuman kuat, tiba-tiba tanah kejar saya," kata Ketua Warden Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis, Mohamad Hambali Ismail, 34, ketika ditemuramah wartawan Berita Harian Online, sebentar tadi.

Katanya, ketika kejadian 2.15 petang itu, seramai 23 penghuni sedang membuat persiapan untuk menyambut ketibaan rombongan FINAS yang dijadualkan makan tengah dan beramah mesra dengan anak yatim.

"Ketika sedang sibuk membuat persiapan, saya terdengar dentuman kuat. Saya tidak dapat berbuat apa-apa dan terpaksa lari menyelamatkan diri," katanya.

Beliau berkata, sementara menunggu rombongan FINAS, anak yatim terbabit sebahagiannya berlatih kompang dan nasyid.




Ketika kejadian, 23 orang berada di bawah khemah untuk majlis makan tengah hari itu.

Rumah anak yatim berkenaan mempunyai 34 penghuni, semuanya lelaki.

Setakat ini, dua penghuni maut dan enam pula cedera parah.

Sementara itu, seorang penghuni rumah anak yatim berkenaan, Mohd Faizal Isni, 17, berkata, ketika kejadian dia ke tandas dan tiba-tiba kejadian berkenaan berlaku.

"Saya nampak kawan-kawan yang berada bawah khemah sudah tertimbus, cuma nampak tangan dan kepala mereka. Semuanya terkambus.

"Masa yang sama, ketika saya menoleh ke belakang ternampak tanah runtuh seperti mengejar saya," katanya.

Nik Aziz : Ulama Atau P*K*M*K !




Bagaimana Seorang Ulama gelaran penganut-penganut PAS boleh membuat kenyataan sesuka hatinya, tanpa memikirkan perasaan seluruh umat Islam di Malaysia?

Nik Aziz hari ini membuat kenyataan (Sila Baca Berita Harian) hari ini, Umat Islam di Malaysia harus "JILAT" kaki Anwar Ibrahim untuk diri mereka diterima di SYURGA. Adakah ini salah satu lagi fatwa songsang daripada Nik Aziz?

Ketika isu Ayah PIN dahulu, penyokongnya sanggup meminum air rendaman kakinya hanya untuk mendapatkan keberkatan, dakwa mereka. Dan kini, Nik Aziz pula suruh rakyat jilat kaki Anwar Ibrahim ? Adakah Nik Aziz ini benar-benar Ulama? Adakah ini kata-kata seorang Ulama?

Kata beliau lagi, umat Islam yang menonton video seks terbabit malah mempercayainya tidak akan diterima ke syurga. Hanya dengan menjilat kaki Anwar Ibrahim barulah akan diterima di syurga. Siapa Anwar Ibrahim? Wali? Nabi? sehingga diberi pengiktirafan sebegini daripada Nik Aziz sendiri?

Nik Aziz seumpama menghina seluruh umat Islam di Malaysia ini! Dirinya dianggap benar dalam segala hal hanya kerana gelaran Ulama yang diterimanya daripada penyokong buta hati PAS.

Penulis mengharapkan agar pihak Jabatan Agama Islam dapat bertindak ke atas Ulama Palsu Ini !

Zuraida Bunny Buat Fitnah Lagi !


Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin aka Zuraida Bunny kini telah mereka satu lagi fitnah terhadap UMNO. Tindakan meraih perhatian rakyat ini merupakan salah satu tindakan terdesak daripada pihak PR bagi mengalih perhatian rakyat daripada isu PR menghalau penduduk di Kg Sungai Kerandang.

Zuraida Bunny mendakwa UMNO Barisan Nasional cuba menggunakan rakyat asing sebagai pengundi yang akan digunakan bagi memberi undi kepada Barisan Nasional.

Malah Zuraida Bunny juga menunjukkan surat salinan permohonan sijil kewarganegaraan yang didakwanya daripada Ketua Bahagian UMNO Hulu Selangor, Datuk Idris Abu Bakar untuk dihantar kepada Dato' Seri Hishamuddin. Hari ini, Datuk Idris Abu Bakar membuat kenyataan balas menegaskan beliau tidak pernah menghantar apa-apa surat permohonon pun kepada Dato' Seri Hishamuddin, malah beliau mendakwa tidak tahu menahu mengenai perkara itu. Jelas beliau, Zuraida Bunny ternyata cuba memfitnahnya dengan surat palsu dimana didapati surat itu bukan tandatangannya!

Berikutan demi kebenaran dirinya, Datuk Idris akan membuat laporan polis mengenai isu fitnah ini.

Ternyata para pemimpin UMNO tidak akan gentar untuk bertindak jika mereka mendakwa difitnah oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Datuk Idris jelas berani menegakkan kebenaran diatas tuduhan yang dilemparkan kepada beliau.

Tidak seperti sesetengah pemimpin pembangkang yang tidak berani, malah takut untuk menegakkan kebenaran diri mereka sendiri. Takut kerana mereka tahu, mereka memang salah!

Zuraida Bunny hanya tahu menyalak sahaja, sekadar mahukan perhatian rakyat. Mungkin beliau juga seorang yang gilakan publisiti?

Mengapa tidak sahaja Zuraida mengulas kenapa Penduduk Kg Sungai Keradang dihalau secara zalim oleh Pakatan Rakyat?

Jangan lari Daripada Isu Kezaliman Pakatan Rakyat !

Bila Anjing Gila Mulai Meracau !


Anjing, Haiwan peliharaan kebanyakan bangsa Cina Dan India. Anjing dikenali kerana setianya kepada tuannya. Anjing juga dikenali dengan sifatnya yang menjijikkan, suka menghidu dubur anjing lain, malah sifat membontoti anjing betina tidak kira di mana sahaja merupakan diantara sifat jijiknya seekor Anjing. Apa yang kebiasaannya manusia lakukan apabila seekor anjing sudah mula menjadi liar dan membahayakan manusia disekelilingnya?

Mudah sahaja, panggil Dewan Bandaraya, Tembak sahaja!

Jadi apa yang harus kita lakukan apabila manusia pula yang mula bersifat seperti seekor anjing, menjadi liar dan membahayakan manusia lain?

Mudah sahaja, tangkap, sumbat dalam penjara besi, biar dia meringkuk dalam penjara seumur hidup agar tidak menyusahkan manusia lain!

Bagaimana seekor anjing layak untuk menghina manusia?
Apakah taraf manusia liar, tidak beretika, bersifat seperti binatang untuk menghina seorang pemimpin yang sudah terbukti kepimpinannya, malah lebih banyak berjasa kepada negara berbanding Si Anjing Bertopengkan Manusia ini?

Bagaimana Anjing boleh menjadi Pemimpin untuk Manusia? Ini bukan cerita Hollywood...Ini Bukan Fantasi...

Adalah mustahil untuk menyedarkan si perangai Anjing ini untuk kembali ke sifat Manusia...Selayaknya di tangkap sahaja, biar disisihkan daripada masyarakat manusia yang bertamadun ini.

Katakan Tidak Pada Si Anjing Al-Juburi !

Demonstrasi Yang Hambar Daripada Pakatan Rakyat


Semalam, Blog Pro Pakatan Rakyat begitu lantang sekali menghebahkan kehebatan demonstrasi yang akan dijalankan tengah hari tadi selepas solat jumaat di Masjid Negara. Mengikut kata mereka, ianya bakal disertai beribu penyokong Pakatan Rakyat yang inginkan perubahan. Lalu penulis pun pergi ke masjid negara untuk solat jumaat tadi.

Namun selepas solat jumaat, penulis menganggarkan keadaan akan jadi kelam kabut. Jalan pasti sesak dengan kehadiran para penyokong Pakatan Rakyat yang akan membuat demonstrasi besar-besaran. Namun keadaan seperti biasa, pelik juga, apa mungkin mereka menundakan tarikhnya.

Tiba-tiba rakan penulis menunjuk ke arah satu kumpulan manusia yang dikelilingi oleh para wartawan, jurugambar dan jemaah masjid. Ketika melihat kumpulan tersebut, penulis tergelak melihat betapa besarnya kumpulan demonstrasi berkenaan. Adalah lebih kurang 30 ke 40 orang sahaja, dan juga disertai oleh 2 orang wanita yang separuh umur.

Lalu penulis pun pergi dekat ke arah mereka, apa yang penulis dapat dengar dari laungan mereka, hanya laungan ke arah jemaah masjid, mereka meminta jemaah masjid untuk menyertai demonstrasi tersebut. Dilihat seolah-olah mereka amat terdesak untuk mendapatkan ramai jemaah untuk turut serta. Mungkin kerana para wartawan dan jurugambar sibuk membuat liputan, mungkin mereka malu untuk mengakui bahawa demonstrasi itu tidak mendapat sambutan.

Dilihat para jemaah tidak memperdulikan ajakan mereka. Dapat dilihat dari riak wajah para jemaah, mereka seakan-akan marah kerana jalan keluar mereka dihalang oleh para penyokong Pakatan Rakyat ini yang seakan-akan tidak mempunyai akal fikiran, terjerit, terlolong di hadapan masjid negara.

Jelas dari demonstrasi ini, dapat dilihat jumlah penyokong Pakatan Rakyat semakin berkurangan. Penulis mengesyorkan agar janganlah buat sebarang demonstrasi di mana-mana masjid. Ianya jelas menyusahkan para jemaah lain yang sibuk hendak meneruskan perjalanan ke tempat kerja...

30 Dalil Nik Aziz " Ulama PAS


1. "Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam" - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999.

2. "Bukan sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 4 Ogos 2001.

3. "Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri kafir" - Ceramah Nik Aziz Nik Mat di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, 3 Julai 1999.

4. "Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid." - Kuliah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Kg Pulau Melaka.

5. "Allah sendiri gunakan perkataan memaki, mencemuh atau mencarut, jadi manusia sendiri berpeluang menggunakan maki hamun, tapi terserahlah kepada manusia di mana tempatnya." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 28 April 1999.

6. "Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA, dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 24 Januari 1999.

7. "Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram" - Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.

8. "Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut dan mencaci seseorang jika kena pada tempat dan masanya, kerana ia sudah menjadi salah satu naluri." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 29 April 1999.

9. "Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembagunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila minum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana?" - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 26 November 1994.

10. "Bagi penjualan arak, ia hanya dibenar jual oleh orang bukan Islam kepada golongan itu sahaja, kerana jika ia diharamkan sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam untuk menikmatinya." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 19 November 1992.

11. "PAS Sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa..." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 25 Jun 1999.

12. "Menentang PAS adalah Haram mengikut al-Quran." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Minggu, 24 April 1994.

13. "Tidak ada orang yang berhak menjaga dunia ini, kecuali orang yang belajar ilmu agama Islam." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 17 April 1995.

14. "Tiada sesiapa di muka bumi ini yang tahu menjaga dunia termasuk menguruskan soal budaya, ekonomi serta harta benda, melainkan ulama." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 6 November 1999.

15. "Saya di antara orang yang cukup kuat menyokong untuk meluaskan keahlian PAS ini kepada orang bukan Islam." - Nik Aziz Nik Mat, Kota Bharu, 1999.

16. "PAS boleh terima pemimpin DAP jadi Perdana Menteri, tidak ada apa, asalkan dia terima syarat yang ditetapkan oleh Barisan Alternatif." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 6 November 1999.

17. "Para imam hendaklah faham bahawa ada anak-anak mukim tidak mahu menuruti imam yang beraqidah politik suku, agama suku, kerana boleh menyebabkan sembahyang tidak sah." - Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 4 Mac 2001.

18. "Tafsiran negara Islam yang dikehendaki oleh PAS sebenarnya sudah terkandung dalam Manifesto Barisan Alternatif (BA) yang dikemukakan pada pilihanraya yang ke-10 itu." - Nik Aziz Nik Mat, Harakah 1-15 Ogos 2001.

19. "Ini penting kerana kita juga mahukan sokongan dan undi bukan Islam dalam usaha memenangi pilihanraya umum akan datang" - Nik Aziz Nik Mat, Ucapan di Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-31, Petaling Jaya, 24 Mei 2004.

20. "Negara kita Malaysia belum merdeka lagi kerana perlembagaannya masih perlembagaan kafir."- Khutbah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Pengadang Baru, Marang, Oktober 2001.

21. “Jika ada parti lain yang menentang kepimpinan PAS yang menjalankan pemerintahan cara Islam, ia adalah haram.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 23 April 1994.

22. “Memang ada lagi persefahaman antara PAS dengan Malaikat, sebab itulah APU (Angkatan Perpaduan Ummah) memerintah lagi (di Kelantan)”. –Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 27 April 1995.

23. “Kerajaan PAS Kelantan akan mengkaji kemungkinan melarang wanita bekerja. Tidak adil membiarkan wanita, kerana lelaki dari segi fitrahnya mempunyai tanggungjawab mencari nafkah bagi menanggung kehidupan keluarga.” – Nik Aziz Nik Mat, 16 Mac 1999 di Kota Baharu.

24. “Ya Allah, aku mohon butakan mata pengundi-pengundi hantu supaya mereka tidak Nampak simbol lain kecuali simbol PAS. “ – Doa Nik Aziz Nik Mat pada 27 Mei 1999 diaminkan oleh kira-kira 3000 penyokong beliau dalam satu majlis makan malam dan cerah PAS di Sungai Bakut, Nibong Tebal.

25. “UMNO tetap parti sekular kerana asas perlembagaanya tidak merujuk al-Quran dan Hadis.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 22 Februari 1999.

26. ‘‘Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO. Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar.’’ – Nik Aziz Nik Mat, Rakaman Audio di Sidang Akhbar di Pulau Pinang pada 17 Ogos 2009.

27. “Jika Nabi Muhammad boleh menandatangani perjanjian dengan musuh tradisi Islam, iaitu kaum Yahudi, sebaik tiba di Madinah, PAS juga sanggup bekerjasama dengan DAP.” – Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 12 Mei 1999

28. "Percaya-ae (kepercayaan) manusiyo (manusia) kepada kiamat menyebabkan seganah-ganah (seganas-ganas) manusia akan tok (tak) jadi ganah. Kerana dia yakin walau bagaimana ganahnya aku dan bagaimana pangkat... tingginya pangkat aku, tapi apalah nasib aku apabila aku berdepae (berdepan) dengan padang mahsyar. Di padang mahsyar kelak ada lagi yang lebih gagah daripada aku namanya Allah Subhanahuwataala. Ada lagi yang lebih jabaruut, lebih samseng daripada aku iaitu Allah Subhanahuwataala. Ada lagi yang lebih angkuh daripada aku iaitu Allah Subhanahuwataala. Dan nama Allah Subhanahuwataala satu daripada namanya al-Mutakabbir, al-Jabbarul Mutakabbir. ( Al-Jabbar maknanya gagah kuasa ataupun kita panggil samseng. Al-Mutakabbir sombong, angkuh.) Akulah oghaenya (orangnya) sombong, tok denga (dengar) kato (kata) orang lain. Itu satu daripada sifat Allah Taala. Samseng pun dok (ada) di aku, hanelan (handalan) pun dok di aku, somong (sombong) pun di aku. Kalu (kalau) samseng, aku lebih samseng. Kalu mu jahat, aku lebih jahat, kalu mu somong (sombong) aku lebih somong. Percayaan kito manusiyo kepada akidah nilah, akidah akhirat kito panggil menyebabkan orang Melayu yang sokong Pas ni tidak jahat...'' – Rakaman Ucapan Nik Aziz Nik Mat berhubung isu Allah Samseng, Utusan Malaysia, 31 Julai 2002.

29. “Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka,” – Ucapan Nik Aziz Nik Mat kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) pada 17 Ogos 2009 selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.

30. "DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam," – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 12 Ogos 2009.

PKR Biadab di Dalam Masjid




Datuk Eskay hari ini telah hadir di Masjid Sentul Kuala Lumpur bertujuan untuk melafazkan Sumpah Laknatnya demi membuktikan kebenaran dirinya yang mendakwa Anwar Ibrahim adalah individu yang terlibat di dalam Video Seks Ketua Pembangkang.

Apa yang menyedihkan, usaha murni Datuk Eskay telah disabotaj, malah ada cubaan menghalangnya daripada melafazkan sumpah tersebut. Pemuda PKR datang beramai-ramai membuat kecoh di DALAM MASJID itu sendiri!

Tiada Adab ke mereka ini? Tiada Otak?

Sangat pelik melihat gelagat Pemuda PKR ini. Yang ikhlas nak melafazkan sumpah, mereka halang bersungguh-sungguh. Kenapa? Takut apa? Salah ke bersumpah demi kebenaran? Itu adalah hak Datuk Eskay. Siapa kamu untuk menghalangnya?

Kenapa tidak menghalang golongan DAP yang mencemari masjid satu ketika dahulu? kenapa diam sahaja apabila golongan DAP masuk ke dalam masjid malah memberi ceramah?

Dimana logiknya dalam menghalang seorang umat islam melafazkan sumpah demi kebenaran?
Dimana logiknya jika hanya diam kepada ketua yang tidak sanggup membuktikan kebenaran dirinya dengan melafazkan sumpah?

Mengapa melarikan diri? kenapa mengelak?

BUTA adalah gambaran yang tepat bagi penyokong Anwar ini. Masih tidak sedarkah? kenapa segala peluang yang Anwar ada untuk membuktikan kebenarannya tidak digunakan sepenuhnya?

Mana Jam Omega?
Kenapa tolak siasatan diraja?
Mengapa tidak bersumpah sahaja? Takut dimakan sumpah?