Nik Aziz Yang Sepatutnya Bertaubat


Inilah masalahnya jika manusia sudah lupa diri. Bila dah bertahun dirinya dipanggil dan digelar Ulama oleh para penyokongnya, maka semakin hari dilihat Nik Aziz semakin lupa diri. Barangkali Nik Aziz merasakan dirinya kebal daripada sebarang dosa. Barangkali juga Nik Aziz merasakan dirinya adalah bersifat maksum sehinggakan dirinya tidak boleh ditegur oleh mana-mana pihak sekalipun.

Adalah menjadi kesusahan kepada Parti PAS apabila Nik Aziz yang merupakan Mursyidul Am PAS dilihat semakin sibuk mempertahankan Anwar Ibrahim daripada menjaga kebajikan ahli PAS sendiri.

Terbaru, Nik Aziz Nik Abdul Aziz yang dalam ceramahnya di Kampung Setia, Kuang, menasihatkan pihak yang menabur fitnah terhadap Anwar dengan mengaitkannya dengan rakaman video seks tampil memohon maaf. Menteri Besar Kelantan itu berkata, orang yang membuat fitnah tidak akan merasa nikmat kubur apatah lagi hendak masuk syurga melainkan kena minta maaf kepada Anwar.

Malah Nik Aziz juga membuat kenyataan bahawa Anwar Ibrahim adalah merupakan seorang Pemimpin yang berlandaskan Syiar Islam.

Persoalannya adakah penilaian Nik Aziz terhadap Anwar Ibrahim juga dipersetujui oleh barisan kepimpinan PAS yang lain?

Bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat, Prof. Madya Mohd. Noor Deris, berkata, tindakan Nik Abdul Aziz itu jelas bercanggah dengan politik diamalkan oleh Rasulullah SAW yang diutuskan untuk menyempurnakan akhlak umat manusia.

"Nik Abdul Aziz mengaku memperjuangkan Islam tetapi membela pemimpin yang dikaitkan dengan pelbagai isu moral. Minta Nik Abdul Aziz bertaubat kerana membela orang seperti Anwar.

"Tindak-tanduk pemimpin Pas itu semakin bertentangan dengan perjuangan Rasulullah,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Walaupun digelar sebagai Ulama di kalangan pengikutnya, ini bukanlah tiket untuk Nik Aziz sewenang-wenangnya mempergunakan Islam bagi tujuan kepentingan politik peribadinya. Ahli-ahli PAS sendiri harus bijak untuk menilai sesuatu nasihat yang datang daripada Nik Aziz, kerana dengan tindakan beliau kini jelas banyak mengelirukan umat Islam di Malaysia.

1 comment:

  1. AnonymousMay 30, 2011

    idak..sepatutnya kwn teman tobat,pasa dia selalu pegi betong

    ReplyDelete