Kemusnahan Ulama PAS, Dalang Anwar Ibrahim


Keputusan undian perwakilan PAS hari ini sebenarnya tidak menjadi suatu kejutan bagi banyak pihak. Rata-rata ramai pihak pemerhati daripada aliran PAS mahupun Barisan Nasional telah menjangkakan keputusan yang bakal diumumkan pada hari ini.

Penguasaan puak Erdogan yang juga Puak Pro Anwar Ibrahim di dalam PAS menunjukkan kelemahan pucuk pimpinan PAS terutamanya para Ulama PAS. Adakah ini juga hasil daripada tindakan Muktamar PAS Nik Aziz yang dilihat lebih mementingkan perihal Anwar Ibrahim daripada ahli PAS yang lain.

Umum telah lihat kenyataan demi kenyataan daripada Nik Aziz sendiri yang boleh kita nilaikan sebagai berat sebelah. Walaupun rakyat telah pun didedahkan dengan bukti-bukti kebenaran di atas pertuduhan yang dihadapi Anwar Ibrahim, Nik Aziz tetap mengambil tindakan dengan menyelar pihak kerajaan, malah mempertikaikan usaha pihak berkuasa dalam menjalankan tugas siasatan ke atas Anwar Ibrahim.


Persoalannya, mengapakah seorang Ulama terkenal seperti Nik Aziz boleh mengambil pendekatan berat sebelah yang jelas dilarang oleh Agama Islam sendiri? Siapakah yang bertanggungjawab dalam mempengaruhi Nik Aziz sehinggakan tindakannya menyebabkan rakyat melihat PAS kini semakin terpesong jauh daripada perjuangan asal?

Jika kita perhatikan, terdapat perbezaan pendapat diantara sebahagian ahli PAS dan Nik Aziz. Ada juga pihak yang sedar akan wujudnya usaha untuk menghadkan penguasaan Ulama di dalam kepimpinan PAS Pusat dan menggantikan para ulama tersebut dengan kumpulan puak erdogan yang terdiri daripada pelbagai latar belakang. Dan yang pastinya kumpulan ini bukanlah berciri Ulama seperti mana PAS dahulu.


Tindakan Nik Aziz dalam mempertahankan Anwar Ibrahim habis-habisan boleh kita buat suatu kesimpulan bahawa Anwar Ibrahim telah pun berjaya menyusupkan pengaruhnya di dalam Parti PAS. Strategi Anwar yang amat licik ini bertujuan agar dirinya akan sentiasa mendapat pembelaan daripada pihak PAS. Malah imej PAS yang bertopengkan Agama Islam amat sesuai bagi Anwar Ibrahim untuk menggunakan kelebihan itu dalam mempengaruhi rakyat yang menyokong PAS. Jika Anwar mendapat sokongan padu daripada ahli PAS malah disokong pula dengan barisan kepimpinan PAS maka Anwar Ibrahim kini sudah mendapat satu senjata yang amat berguna bagi kepentingan politik dirinya.

Apa yang pasti, adakah para Ulama di dalam PAS akan terus mendiamkan diri mereka untuk dipergunakan oleh Anwar Ibrahim?

Adakah ahli-ahli PAS akan terus menutup mata di atas kebenaran yang telah jelas didedahkan kepada rakyat Malaysia?

Apakah tindakan yang akan mereka ambil jika Anwar Ibrahim disabitkan dalam pertuduhan yang dihadapinya kini?

No comments:

Post a Comment