Negara Berkebajikan? Mana Pergi Negara Islam?


Kita lihat kenyataan Abdul Hadi Awang ketika ditanya mengenai isu Negara Berkebajikan yang merupakan tema utama Muktamar PAS baru-baru ini.

"Tema kita negara berkebajikan, ia sememangnya dah ada dalam Islam. Dalam al Quran tak sebut negara Islam, dia sebut negara kebajikan, jadi kita laksanakan iaitu kita dahulukan yang ada persamaan," kata Abdul Hadi.

Adakah ini bermakna selama lebih 20 tahun ini, PAS sememangnya sedar bahawa di dalam Al-Quran tidak menyebut negara islam? Jadi selama ini PAS yang seringkali melaungkan perjuangan negara Islam adalah lakonan semata-mata?

Nampaknya PAS adalah sebuah parti yang tidak boleh rakyat harapkan untuk memerintah Malaysia. PAS kini dilihat begitu mudah menyingkirkan perjuangan asal mereka hanya demi kepentingan mereka bersama parti DAP dan PKR. Ini amat berbeza dengan Barisan Nasional. Walaupun kerajaan ada usaha bagi menjemput PAS untuk bersama-sama dengan BN sebagai sebuah parti komponen, tetapi BN tetap dengan pendiriannya. BN tidak pernah menyatakan bahawa jika PAS sertai BN, maka kerajaan akan tukar undang-undang kini kepada undang-undang Hudud.
Kita dapat lihat perbezaan kekuatan dalam mempertahankan pendirian diantara kedua-dua parti ini. PAS dilihat amat lemah apabila diuji oleh DAP, sehinggakan PAS sanggup untuk mengenepikan perjuangan negara Islam mereka dan kini mereka laungkan pula penubuhan Negara Berkebajikan.

Adakah PAS tidak sedar bahawa Barisan Nasional adalah sebuah parti yang telah lama bertapak di Malaysia ini telah terlebih dahulu mewujudkan sebuah Kerajaan Berkebajikan? Tetapi usaha kerajaan seringkali mendapat tentangan daripada PAS yang menolak dasar kerajaan, dan bertindak memperjuangkan sebuah Negara Islam serta memperjuangkan Hukum Hudud dijalankan di Malaysia.

Tindakan PAS mengenepikan dasar perjuangan asal mereka adalah hanya kerana mereka takut jika kehilangan sokongan daripada DAP dan PKR. Rakyat sudah tahu bahawa Karpal Singh, Lim Kit Siang, malah Anwar Ibrahim sendiri tidak setuju dengan perjuangan PAS yang dilihat begitu ekstrimis. Adalah satu perkara yang tidak mungkin terjadi, jika DAP dan PKR turut sama memperjuangkan sebuah Negara Islam. Kenapa?

Hal ini kerana, Lim Kit Siang, Karpal Singh, Anwar Ibrahim hidup selesa di Malaysia selama ini adalah kerana hasil Negara Berkebajikan Barisan Nasional. Mana mungkin mereka akan menggadaikan prinsip negara berkebajikan ini dan bertukar kepada dasar sebuah Negara Islam yang menggunakan Hukum Hudud? Walaupun berat untuk mereka akui tetapi hakikatnya mereka dan anak-anak mereka hidup dengan selesa hasil daripada usaha berterusan Barisan Nasional.

Kini PAS baru nak laungkan dasar Negara Berkebajikan. Ini sudah ketinggalan, dah jauh dah...
Barisan Nasional dah lama menggunakan dasar ini. Malaysia dah maju pun. Buat apa rakyat nak berpatah balik ke belakang? Buat apa rakyat nak mula semula dari bawah? Adalah lebih baik jika rakyat terus berusaha ke hadapan, memajukan diri mereka sealiran dengan peredaran masa. Bukannya pandang ke belakang...


BN tidak Islam kerana tidak memperjuangkan Negara Islam. Kini PAS kata dalam Al Quran tiada sebut Negara Islam. Jadi? Adakah selama ini BN telah difitnah oleh PAS? Adakah rakyat telah dikelirukan oleh PAS dengan segala dakyah-dakyah mereka yang dengan lantang mengkafirkan UMNO yang didakwa tidak memperjuangkan Negara Islam?

PAS tidak boleh dipercayai rakyat, malah PAS tidak layak diberi tanggungjawab mentadbir negara. Ternyata PAS tidak mampu untuk menjadi parti pentadbir negara kerana PAS tidak kuat dalam mempertahankan ideologi mereka. PAS senang untuk dipengaruhi pihak lain, senang sangat untuk mengubah sesuatu keputusan.

Demi Kebajikan, Kesejahteraan Rakyat Malaysia, Kita bersatu untuk menolak Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum nanti. Jangan gadaikan segala nikmat kemudahan yang kita kecapi selama ini.

Bersama Kita Memberi Sokongan Kepada Barisan Nasional !

No comments:

Post a Comment