PAS Dah Lama Hina Al Quran dan Agama Islam

Isu lukisan kartun yang dipaparkan di Utusan Malaysia sedang menjadi isu kepada PAS. Lukisan tersebut yang dilihat sedang memaparkan situasi seorang gadis dirogol dan gadis tersebut pergi membuat aduan kepada tok penghulu, namun aduan tidak dilayan kerana kekurangan saksi. Manakala apabila gadis tersebut membuat aduan kepada pihak polis, bukti rakaman video melalui telefon bimbit telah diterima sebagai bahan bukti.

Sila lihat kartun tersebut



Dewan Pemuda PAS Pusat telah menganggap kartun tersebut telah menghina Agama Islam. Mereka mendakwa Utusan Malaysia telah menghina hukum Allah SWT dengan bertindak mengelirukan rakyat dengan kartun tersebut. Malah Dewan Pemuda PAS telah menuntut agar pihak Utusan Malaysia tampil memohon maaf di atas penyiaran kartun itu.

Penulis rasa PAS tidak seharusnya menjadikan Kartun tersebut sebagai satu isu. Ianya kelihatan seperti PAS sedang kekurangan idea, mencari apa sahaja perkara yang boleh dijadikan isu untuk menghentam kerajaan.

PAS tidak seharusnya berlagak suci daripada dosa, sedangkan PAS sendiri telah lama menggunakan platform kartun bagi menghina Agama Islam malah menghina individu sesama Islam. Mengapa apabila perkara yang sama dilakukan oleh Utusan Malaysia, PAS harus melenting?

Terasa pedih apabila kena pada batang hidung sendiri? Sedangkan diri sendiri sedap mengata, mengutuk, memfitnah orang lain?


Bagaimana pula dengan akhbar pihak pembangkang? dengan kartun di atas adakah ianya tidak menghina Agama Islam? Tidak menghina individu sesama Islam?

PAS ternyata Hipokrit. Apabila diri mereka sudah rasa terancam apabila dengan jelas kini DAP dan PKR yang menjadi no 1 dan no 2 ketua pembangkang, PAS kini dilihat sedang berhempas pulas mengemis di merata tempat, mencari sebarang isu yang boleh dijadikan tajuk utama akhbar mereka.

Ulama PAS sudah tidak relevan lagi dengan PAS. Kini mereka hanya bertuankan Tuan Guru Mat Sabu sebagai pejuang mereka. Bagaimana seorang Penzina boleh dijadikan naib presiden dan seorang Peliwat boleh dijadikan idola kepada PAS?

Negara Berkebajikan? Mana Pergi Negara Islam?


Kita lihat kenyataan Abdul Hadi Awang ketika ditanya mengenai isu Negara Berkebajikan yang merupakan tema utama Muktamar PAS baru-baru ini.

"Tema kita negara berkebajikan, ia sememangnya dah ada dalam Islam. Dalam al Quran tak sebut negara Islam, dia sebut negara kebajikan, jadi kita laksanakan iaitu kita dahulukan yang ada persamaan," kata Abdul Hadi.

Adakah ini bermakna selama lebih 20 tahun ini, PAS sememangnya sedar bahawa di dalam Al-Quran tidak menyebut negara islam? Jadi selama ini PAS yang seringkali melaungkan perjuangan negara Islam adalah lakonan semata-mata?

Nampaknya PAS adalah sebuah parti yang tidak boleh rakyat harapkan untuk memerintah Malaysia. PAS kini dilihat begitu mudah menyingkirkan perjuangan asal mereka hanya demi kepentingan mereka bersama parti DAP dan PKR. Ini amat berbeza dengan Barisan Nasional. Walaupun kerajaan ada usaha bagi menjemput PAS untuk bersama-sama dengan BN sebagai sebuah parti komponen, tetapi BN tetap dengan pendiriannya. BN tidak pernah menyatakan bahawa jika PAS sertai BN, maka kerajaan akan tukar undang-undang kini kepada undang-undang Hudud.
Kita dapat lihat perbezaan kekuatan dalam mempertahankan pendirian diantara kedua-dua parti ini. PAS dilihat amat lemah apabila diuji oleh DAP, sehinggakan PAS sanggup untuk mengenepikan perjuangan negara Islam mereka dan kini mereka laungkan pula penubuhan Negara Berkebajikan.

Adakah PAS tidak sedar bahawa Barisan Nasional adalah sebuah parti yang telah lama bertapak di Malaysia ini telah terlebih dahulu mewujudkan sebuah Kerajaan Berkebajikan? Tetapi usaha kerajaan seringkali mendapat tentangan daripada PAS yang menolak dasar kerajaan, dan bertindak memperjuangkan sebuah Negara Islam serta memperjuangkan Hukum Hudud dijalankan di Malaysia.

Tindakan PAS mengenepikan dasar perjuangan asal mereka adalah hanya kerana mereka takut jika kehilangan sokongan daripada DAP dan PKR. Rakyat sudah tahu bahawa Karpal Singh, Lim Kit Siang, malah Anwar Ibrahim sendiri tidak setuju dengan perjuangan PAS yang dilihat begitu ekstrimis. Adalah satu perkara yang tidak mungkin terjadi, jika DAP dan PKR turut sama memperjuangkan sebuah Negara Islam. Kenapa?

Hal ini kerana, Lim Kit Siang, Karpal Singh, Anwar Ibrahim hidup selesa di Malaysia selama ini adalah kerana hasil Negara Berkebajikan Barisan Nasional. Mana mungkin mereka akan menggadaikan prinsip negara berkebajikan ini dan bertukar kepada dasar sebuah Negara Islam yang menggunakan Hukum Hudud? Walaupun berat untuk mereka akui tetapi hakikatnya mereka dan anak-anak mereka hidup dengan selesa hasil daripada usaha berterusan Barisan Nasional.

Kini PAS baru nak laungkan dasar Negara Berkebajikan. Ini sudah ketinggalan, dah jauh dah...
Barisan Nasional dah lama menggunakan dasar ini. Malaysia dah maju pun. Buat apa rakyat nak berpatah balik ke belakang? Buat apa rakyat nak mula semula dari bawah? Adalah lebih baik jika rakyat terus berusaha ke hadapan, memajukan diri mereka sealiran dengan peredaran masa. Bukannya pandang ke belakang...


BN tidak Islam kerana tidak memperjuangkan Negara Islam. Kini PAS kata dalam Al Quran tiada sebut Negara Islam. Jadi? Adakah selama ini BN telah difitnah oleh PAS? Adakah rakyat telah dikelirukan oleh PAS dengan segala dakyah-dakyah mereka yang dengan lantang mengkafirkan UMNO yang didakwa tidak memperjuangkan Negara Islam?

PAS tidak boleh dipercayai rakyat, malah PAS tidak layak diberi tanggungjawab mentadbir negara. Ternyata PAS tidak mampu untuk menjadi parti pentadbir negara kerana PAS tidak kuat dalam mempertahankan ideologi mereka. PAS senang untuk dipengaruhi pihak lain, senang sangat untuk mengubah sesuatu keputusan.

Demi Kebajikan, Kesejahteraan Rakyat Malaysia, Kita bersatu untuk menolak Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum nanti. Jangan gadaikan segala nikmat kemudahan yang kita kecapi selama ini.

Bersama Kita Memberi Sokongan Kepada Barisan Nasional !

Kemusnahan Ulama PAS, Dalang Anwar Ibrahim


Keputusan undian perwakilan PAS hari ini sebenarnya tidak menjadi suatu kejutan bagi banyak pihak. Rata-rata ramai pihak pemerhati daripada aliran PAS mahupun Barisan Nasional telah menjangkakan keputusan yang bakal diumumkan pada hari ini.

Penguasaan puak Erdogan yang juga Puak Pro Anwar Ibrahim di dalam PAS menunjukkan kelemahan pucuk pimpinan PAS terutamanya para Ulama PAS. Adakah ini juga hasil daripada tindakan Muktamar PAS Nik Aziz yang dilihat lebih mementingkan perihal Anwar Ibrahim daripada ahli PAS yang lain.

Umum telah lihat kenyataan demi kenyataan daripada Nik Aziz sendiri yang boleh kita nilaikan sebagai berat sebelah. Walaupun rakyat telah pun didedahkan dengan bukti-bukti kebenaran di atas pertuduhan yang dihadapi Anwar Ibrahim, Nik Aziz tetap mengambil tindakan dengan menyelar pihak kerajaan, malah mempertikaikan usaha pihak berkuasa dalam menjalankan tugas siasatan ke atas Anwar Ibrahim.


Persoalannya, mengapakah seorang Ulama terkenal seperti Nik Aziz boleh mengambil pendekatan berat sebelah yang jelas dilarang oleh Agama Islam sendiri? Siapakah yang bertanggungjawab dalam mempengaruhi Nik Aziz sehinggakan tindakannya menyebabkan rakyat melihat PAS kini semakin terpesong jauh daripada perjuangan asal?

Jika kita perhatikan, terdapat perbezaan pendapat diantara sebahagian ahli PAS dan Nik Aziz. Ada juga pihak yang sedar akan wujudnya usaha untuk menghadkan penguasaan Ulama di dalam kepimpinan PAS Pusat dan menggantikan para ulama tersebut dengan kumpulan puak erdogan yang terdiri daripada pelbagai latar belakang. Dan yang pastinya kumpulan ini bukanlah berciri Ulama seperti mana PAS dahulu.


Tindakan Nik Aziz dalam mempertahankan Anwar Ibrahim habis-habisan boleh kita buat suatu kesimpulan bahawa Anwar Ibrahim telah pun berjaya menyusupkan pengaruhnya di dalam Parti PAS. Strategi Anwar yang amat licik ini bertujuan agar dirinya akan sentiasa mendapat pembelaan daripada pihak PAS. Malah imej PAS yang bertopengkan Agama Islam amat sesuai bagi Anwar Ibrahim untuk menggunakan kelebihan itu dalam mempengaruhi rakyat yang menyokong PAS. Jika Anwar mendapat sokongan padu daripada ahli PAS malah disokong pula dengan barisan kepimpinan PAS maka Anwar Ibrahim kini sudah mendapat satu senjata yang amat berguna bagi kepentingan politik dirinya.

Apa yang pasti, adakah para Ulama di dalam PAS akan terus mendiamkan diri mereka untuk dipergunakan oleh Anwar Ibrahim?

Adakah ahli-ahli PAS akan terus menutup mata di atas kebenaran yang telah jelas didedahkan kepada rakyat Malaysia?

Apakah tindakan yang akan mereka ambil jika Anwar Ibrahim disabitkan dalam pertuduhan yang dihadapinya kini?

Konsert MTV Diteruskan. PAS Tiada Kuasa Dalam Pakatan Rakyat


Satu Konsert Besar-besaran akan diadakan di Kawasan Komersial Antarabangsa I-City, Selangor. Konsert MTV World Stage Live itu diadakan bagi tujuan mempromosikan Shah Alam di Pentas Dunia.

Namun sebaliknya perkara ini tidak dipersetujui oleh Dewan Pemuda PAS, Negeri Selangor. Mereka telah menyatakan bantahan mereka kepada Tan Sri Khalid Ibrahim berhubung isu ini. PAS menyatakan penganjuran Konsert MTV World Stage Live ini adalah bertentangan dengan Enekmen Kawalan Hiburan Negeri Selangor.

Tetapi Tan Sri Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor menolak usul daripada Dewan Pemuda PAS!. Khalid Ibrahim memberi alasan bahawa kelulusan telah diberikan sejak tahun lepas dan Konsert tersebut adalah hasil daripada cadangan Sultan Selangor sendiri.

Apa dah jadi? Pakatan Rakyat nampaknya tidak menunjukkan pakatan mereka yang sepatutnya.

Apakah PAS tidak mempunyai suara langsung di dalam Pakatan Rakyat? Adakah ini bermakna PAS tidak langsung dihiraukan oleh Pakatan Rakyat?

Adakah PAS akan membiarkan sahaja konsert tersebut dijalankan? Bukankah ianya amat bertentangan dengan ajaran Agama Islam? Pasti ramai remaja yang akan leka ketika konsert tersebut dijalankan, malah mereka akan disajikan dengan hiburan-hiburan yang pasti akan bertentangan dengan ajaran Agama Islam.

Apa kata Ulama Nik Aziz dan Hadi Awang? Adakah mereka akan menghalalkan konsert tersebut? adakah mereka akan usulkan pula agar diadakan satu solat berjemaah besar-besaran sebelum konsert yang penuh dengan unsur haram itu diadakan nanti?

Atau adakah para kumpulan pemuzik yang terlibat akan diwajibkan memakai jubah dan purdah?

Saya usulkan agar Dewan Pemuda PAS mengajak para pejuang berani AMK untuk turun bersama-sama dan buat satu demonstrasi bagi menuntut Konsert tersebut dibatalkan! Kita jangan gentar dengan Khalid Ibrahim! Perjuangan Islam harus kita teruskan tidak kira siapa pun yang menjadi penghalang!

TAKBIR !!!

[Video] Forum Sinar: Khairy, Nasrudin, Dr Asri Mengulas Isu Video Seks Anwar Ibrahim Part 1

Forum Sinar: Khairy, Nasrudin, Dr Asri Mengulas Isu Video Seks Anwar Ibrahim.