TUN MAHATHIR MOHAMAD semalam membantah penubuhan 1 gerakan yang dianggap beliau sebagai 1 usaha perkauman yang sempit seperti yang dicadangkan Timbalan Ketua Pengarangnya, Datuk Zaini Hassan. Ianya akan 'membunuh' masa depan Bangsa itu sendiri. Malah, Bangsa Melayu akan lebih mundur dari semua aspek termasuklah Politik dan Ekonomi.
Di saat Malaysia menghadapi persaingan Ekonomi Dunia yang kritikal, Tun M meminta mereka yanyug mencadangkan Gerakan tersebut menggunakan akal yang dianugerahkan oleh Allah dan bukannya berfikir dengan kehendak emosi semata2. Beliau yang dijulang sebagai Pahlawan Melayu Alaf Baru berkata Bangsa akan kuat dan kental apabila sesebuah Bangsa itu bersatu. Maka itulah matlamat utama yang mesti diusahakan oleh semua pihak. Jika sesebuah Bangsa memberontak, Bangsa itu akan terus dipijak akibat kuasa yang memakan diri.
Bekas Perdana Menteri itu juga tidak lihat perlunya sehingga menubuhkan Gerakan 1Melayu 1Bumi yang dilihat bertentangan dengan dasar yang diketengahkan oleh Datuk Seri Najib. Bagi beliau, 1Malaysia dilihat berjaya kerana kesemua Bangsa di Negara ini telah kembali menyokong Kerajaan kecuali Kaum Cina. Beliau menganggap tidak ada guna memberontak membela Bangsa yang masih lagi tidak bersatu.
Akibat dari itu, DAP yang menjadi punca peralihan politik kaum Cina ini mengambil kesempatan atas perpecahan kaum Melayu. PAS menjadi alat utama bagi memecahkan Ummah. Oleh itu, apa yang mesti UMNO lakukan kini adalah lebih agresif meyakinkan kesemua Bangsa Melayu termasuklah dari puak penyokong PAS dan PKR.
AYAHANDA TUN MAHATHIR I MISS U ...
ReplyDelete