Bangkai Tetap Akan Berbau


Pihak Polis telah mengesahkan ketulenan video seks Ketua Pembangkang yang menjadi topik hangat ketika ini. Namun Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar tidak mahu mendedahkan siapa ketua pembangkang terbabit.

Namun, kita semua sudah tahu siapa yang menjadi pelakon utama video hangat tersebut. Malah Anwar Ibrahim sendiri telah pun membuat kenyataan kepada wartawan dimana beliau menyangkal pembabitan beliau dalam video terbabit.

Pelik..kenapa Anwar beriya-iya sangat nak sangkal dakwaan dia adalah pelakon itu. Tidak perlu takut jika benar bukan dia terlibat. Tapi reaksi cemas Anwar telah memakan dirinya sendiri.

Barisan pemimpin pembangkang juga tidak senang duduk dengan keadaan ini. Masakan tidak? Anwar merupakan Ikon bagi Pakatan Rakyat. Kini imej mereka telah dicemari oleh Anwar sendiri. Dicemari dengan perlakuan lucah sumbang Anwar Ibrahim yang berjaya dibongkari oleh Rakyat.

Kepercayaan rakyat Malaysia terhadap Pakatan Rakyat semakin luntur. Mereka sedar jika Pakatan Rakyat yang memerintah, maka Anwar akan diangkat sebagai Perdana Menteri. Ini yang mereka tolak! Siapa yang mahukan Pemimpin yang bernafsu binatang seperti Anwar? Malah ternyata, pihak Pakatan Rakyat sememangya ketandusan calon yang sesuai untuk menjadi Perdana Menteri. Ini jelas menunjukkan Pakatan Rakyat tidak mempunyai kriteria untuk memerintah Malaysia.

Penulis berharap agar rakyat Malaysia tidak berfikiran cetek. Ini bukan perkara kecil. Ini berkaitan kestabilan dan kemakmuran Malaysia. Fikir dulu sebelum UNDI !

4 comments:

  1. "Anwar to orang islam, jadi dilarang same sekali melakukan seks dengan wanita lain ataupun sesama jantina.

    Aku pun tak tau la macam maner orang masih nak sokong dia bila dah banyak bukti menunjukan sifatnya yang melampau.

    Pemimpin begini boleh sesatkan umat."

    Aku rasa pemimpin yang ada sekarang lagi buat orang sesat. Contoh paling mudah bak kata awak tadi orang islam patut tahu hukum Islam, tapi majoriti isteri pemimpin-pemimpin negara tak tutup aurat dan salam sesama bukan muhkrim tanpa berlapik. apa kata awak tolong tarbiah kat diaorang dulu..

    ReplyDelete
  2. cukuplah mereka yang telah banyak menabur fitnah terhadap beliau, bertaubatlah

    ReplyDelete
  3. Kita masih meratapi kesan tsunami di Jepun dan terbaru kerakusan US menyerang Libya kenapa citer negini menjadi topik berita.. Sok Lek mengaku ada dlm video kenapa tak disuruh letak jawatan ?

    ReplyDelete
  4. BarisankitaApril 03, 2011

    Bukan ke dia dah letak jawatan masa tu? Cuma bila bertanding balik, dia menang. Lagipun, mana Soi Lek ada jawatan dalam kerajaan sekarang? Semak fakta tu dulu, sebelum melompat. Terasa panas ker???

    Apa pun, aku rasa ini taktik pak nuaq nak alihkan perhatian orang ramai pasal DNA dia tu. All staged, sebab nanti dia boleh claim BN yang punya konspirasi. Tapi, kalau betul pun, nak buat camner?

    ReplyDelete