Aura Seorang Pemimpin Sebenar !




Ketika sedang sibuk dengan bermacam-macam persiapan untuk menghadapi pilihan raya kecil di Sarawak, penduduk di sekitar Kampung Pulo, Petra jaya amat bertuah kerana dapat mendengar sendiri ceramah daripada seorang bekas pemimpin yang ulung iaitu Tun Mahathir. Seringkali penulis merasakan seperti ada suatu aura yang berbeza setiap kali Tun Mahathir tampil memberikan ucapan walaupun di mana-mana ceramah sekalipun.

Seperti yang dijangkakan, Tun Mahathir memberi sedikit komen mengenai bekas anak didiknya Anwar Ibrahim pada ceramah tersebut. Tun mengingatkan kepada penduduk di Kampung Pulo agar tidak terpengaruh dengan segala taktik-taktik kotor Anwar Ibrahim dalam misinya untuk menawan Sarawak.
Tun Mahathir ternyata mempunyai auranya yang tersendiri. Seramai 5 ribu orang datang untuk melihat Tun secara lebih dekat. Peluang yang tidak boleh dilepaskan oleh penduduk Kampung Pulo. Perbezaan dapat dilihat dengan jelas antara Tun Mahathir dan Anwar Ibrahim. Ianya ibarat perbezaan kuasa positif dan negatif. Tun Mahathir disanjung kerana kredibilitinya sebagai seorang pemimpin negara yang ulung, manakala Anwar Ibrahim disanjung oleh penyokongnya kerana isu-isu panasnya sahaja.

Dengar-dengar dengan kehadiran Tun Mahathir di Bumi Sarawak, Anwar Ibrahim dengan segera telah meninggalkan Sarawak dan pulang ke Semenanjung. Pelik penulis, apa yang ditakutkan? bukankah ini adalah peluang Anwar Ibrahim untuk bersemuka terus dengan Tun Mahathir? Jika segala dakwaan Anwar mengenai Buku Tun Mahathir adalah benar, mengapa perlu takut dengan Tun? Ini adalah peluang keemasan untuk Anwar menunjukkan kepada rakyat Sarawak bahawa Tun Mahathir benar-benar menganayainya...

Tiada siapa lagi yang berfikiran waras menyokong Anwar Ibrahim. Hanya tinggal mereka yang jumud membontoti Anwar...

No comments:

Post a Comment