Suara Keadilan Akhbar Haram Dibeli !


Pada mulanya penulis rasa sedikit terkejut melihat status seorang rakan di FB hari ini. Dinyatakan di wall tersebut, Profesor Datuk Dr. Haron Din menyatakan adalah Haram bagi sesiapa yang membeli atau membaca Utusan Malaysia. Kononnya Haron Din menyatakan kepada wartawan Suara Keadilan, akhbar yang melaporkan perkara fitnah tidak kira sama ada ianya benar ataupun tidak telah melanggar hukum Fekah. Justeru itu Utusan Malaysia telah dilabel sebagai Haram kepada semua umat Islam di Malaysia.

Pada mulanya penulis seperti tidak mempercayai berita tersebut. Tetapi apabila melihat begitu banyak blog-blog yang melaporkan isu tersebut, maka penulis cuba untuk mencari lebih maklumat di dalam internet. Jelas segalanya apabila penulis mendapati Datuk Dr. Haron Din telah pun memberi komennya mengenai isu Haram ini. Beliau menyatakan Suara Keadilan telah memutar belit kenyataannya apabila wartawan mereka datang untuk mendapatkan ulasan beliau mengenai berita-berita yang tersebar di negara pada ketika ini.
"Itu bukan perkataan saya, kita perlu adil kepada semua, saya sendiri baca Utusan, tak kan saya baca saya kata haram. Sebaliknya saya ulas soalan yang ditanya berasaskan kepada al-Quran," katanya di sini hari ini.

Suara Keadilan memutarbelitkan fakta dengan menuduh Utusan Malaysia adalah Haram untuk dibaca dan dibeli kerana banyak melaporkan berita fitnah. Tetapi kini jelas! Suara Keadilan yang telah melakukan fitnah terhadap Utusan Malaysia.

Seharusnya Suara Keadilan tampil dan meminta maaf secara langsung kepada Utusan Malaysia atas tindakan tidak bertanggungjawab mereka ini !.

Maka kini boleh dikatakan Suara Keadilan adalah sebuah akhbar yang Haram untuk Dibaca dan Dibeli oleh seluruh rakyat Malaysia!

No comments:

Post a Comment