PERANAN PUTERI UMNO AMAT PENTING


Barisan Nasional sedang giat memperkuatkan jentera-jentera parti dari segi persiapan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum yang akan datang. Dapat kita lihat melalui pilihan raya kecil yang telah berlalu, jentera-jentera pilihan raya bertungkus lumus membantu Barisan Nasional dalam memastikan rakyat memberi sokongan. Dengan berkat usaha yang tidak kenal erti penat, akhirnya kejayaan dapat dikecapi oleh Barisan Nasional.

Seringkali penulis lihat salah satu jentera pilihanraya yang begitu aktif mendekati rakyat adalah Puteri UMNO. Siapa yang tidak suka melihat mereka ini? Dianggotai oleh para-para remaja dan golongan profesional, bersama-sama turun mendekati rakyat, menjalankan program-program yang bermanfaat bagi rakyat, demi menyedarkan mereka betapa pihak kerajaan amat menghargai sokongan daripada mereka semua.

Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Shirlin amat bijak dalam mempersiapkan anak buahnya dengan persediaan dalam menghadapi pilihan raya. Penulis amat teruja apabila melihat mereka beramai-ramai berarak, beramah mesra dengan seluruh penduduk di kawasan pilihan raya. Hanya dengan melihat wajah keihklasan mereka, rasa seperti segala penat lelah hilang begitu sahaja. Penduduk-penduduk jelas menyukai Puteri UMNO. Dengan imej segar, ceria, bersemangat dan ikhlas, penulis rasa Puteri UMNO merupakan satu jentera pilihan raya yang amat besar pengaruhnya dan ini adalah satu kelebihan buat Barisan Nasional.

Walaupun ada pihak yang mencemburui Puteri-puteri, ada yang membuat fitnah terhadap sayap kepimpinan puteri, penulis rasa itu adalah satu dugaan politik yang harus ditempuh Puteri UMNO pada masa ini. Jangan berputus asa, jangan biarkan anasir-anasir jahat ini melemahkan semangat perjuangan Puteri UMNO.

Jika ada yang kata Puteri UMNO tidak bersatu padu... itu tipu
Jika ada yang kata Puteri tidak sehebat dulu... itu dengki

Jika ada yang kata Puteri pentingkan kuasa... itu dia


Buat masa ini, fokus Puteri UMNO seharusnya kepada usaha-usaha untuk mendapatkan lebih banyak sokongan daripada rakyat untuk Barisan Nasional. Jangan dihiraukan lalat-lalat yang cuba mengganggu keharmonian warga puteri. Berdirinya Puteri UMNO sebaris bersama Pemuda UMNO dan Wanita UMNO adalah untuk menjadi jentera bantuan Barisan Nasional.

Buktikan kemampuan Puteri UMNO!

Rakyat Didahulukan
Pencapaian Diutamakan

No comments:

Post a Comment