Jangan Di Gadai Masa Depan Anak-Anak Kita


Keputusan Pilihan Raya di Sarawak telah diketahui umum. Barisan Nasional mendapat majoriti besar di Sarawak. Namun begitu apa yang merisaukan penulis adalah kemenangan DAP di beberapa kerusi yang dipertandingkan. Jika diperhatikan peratus kemenangan DAP telah meningkat sekali ganda.

Apa yang menyedihkan penulis, kemenangan DAP adalah berpunca daripada taktik mengunakan sentimen perkauman antara penduduk berbilang kaum. Jelas Kaum Cina di Sarawak telah diasak dengan pelbagai fitnah mengenai kaum-kaum lain terutamanya kaum bumiputera. Lebih menyedihkan, bangsa melayu kita sendiri yang bersekongkol dengan DAP dalam mengapikan rakyat cina di sana.
Bagaimana sebuah parti yang dicanang sebagai parti yang memperjuangkan Islam serta dibarisi dengan para-para Ulama boleh bersatu dengan DAP dalam mengapikan rakyat cina di Sarawak?

Bagaimana para Ulama ini lebih senang melihat negeri diperintah oleh orang Cina berbanding kaum melayu, Orang Islam sendiri?

Mahukah kita sebagai orang melayu melihat negara kita sendiri menjadi seperti Singapura?

Bukankah kita begitu marah kepada Singapura dengan kes tuntutan pulau batu puteh?

Bukankah kita begitu marah kepada Singapura dengan isu air yang seharusnya dikaji semula harga jualannya?

Bukankah kita begitu marah kepada Singapura kerana menindas orang melayu di negara mereka?

Tidakkah kamu semua sedar bagaimana orang melayu dilayan oleh orang cina di Singapura?

Perbandingan yang mana lagikah yang kamu semua perlukan? sedangkan Singapura hanya bersebelahan dengan Malaysia!

Jika orang melayu sendiri sudah mula berganding bahu dengan orang cina, bersatu menggadaikan masa depan orang melayu, adakah kita bangsa melayu yang lain hanya duduk berdiam diri?

Bila lagi kita semua mahu sedar? Bangkitlah wahai orang melayu. Perjuangan kita baru sahaja bermula !

Takkan Melayu Hilang Di Dunia !

No comments:

Post a Comment