Ke Mana Hilangnya Anwar Ibrahim ?

Setiap hari ada sahaja perkembangan mengenai Anwar di akhbar. Terkini, agensi penyiaran Korea telah mengesahkan Video Seks Ketua Pembangkang adalah tulen dan mengikut pengamatan mereka, jelas pelakon tersebut adalah sepadan dengan Anwar Ibrahim. Difahamkan juga, Gadis Cina terbabit dalam video itu telah dikenal pasti dan telah pun memberi keterangan kepada Pihak Polis.

Penulis berasa hairan, di mana Anwar Ibrahim ketika ini? Mengapa Anwar tidak memberikan sebarang penjelasan mengenai isu panas ini? Jika ianya ternyata fitnah, mengapa Anwar tidak terus membuat laporan kepada pihak polis? Lebih mudah jika isu ini diselesaikan di Mahkamah dengan bersaksikan juri-juri bagi membuktikan Anwar tidak bersalah.

Mengapa Anwar hanya membiarkan penyokong-penyokongnya bersendirian, terkapai-kapai, dengan sendirinya mempertahankan ketua mereka. Mengapa Anwar tidak membantu sama mereka ini?

Hanya mereka yang bersalah akan berasa terancam lalu melarikan diri. Bertindak beranilah Anwar, jika benar kamu tidak bersalah. Semakin hari Penyokong-penyokong kamu juga akan luntur kepercayaan mereka kepada kamu. Jangan biarkan mereka bersendirian...

No comments:

Post a Comment