Pemimpin Negara Islam Difitnah, Tindakan Ulama ?


Rakyat negara dikejutkan dengan pendedahan Raja Petra di TV3 mengenai penglibatan Dato Seri Najib Tun Razak dalam kes pembunuhan Atlantuya adalah fitnah rekaan semata-mata. Umum sudah mengenali Raja Petra melalui isu-isu panas yang diutarakannya di laman web MalaysiaToday. Beliau juga yang bertanggungjawab dalam membuat tuduhan terhadap Dato Seri Najib dan Datin Seri Rosmah terlibat dalam kes pembunuhan Atlantuya melalui laman webnya Malaysia Today. Raja Petra pernah menjadi tahanan ISA beberapa kali kerana didakwa boleh mengancam kestabilan keharmonian rakyat Malaysia. Beliau juga pernah didakwa menghina Islam dan menghina Yang Dipertuan Agong.

Namun setelah pendedahan beliau mengenai fitnah yang direka oleh pihak pembangkang terhadap Dato Seri Najib, Raja Petra kini digelar pengkhianat dan pembelot oleh pihak pembangkang sendiri. Mereka yang begitu lantang dahulu mengkritik kerajaan yang dituduh memfitnah Anwar Ibrahim kini tidak dapat menerima pendedahan Raja Petra. Jika dahulu ada diantara mereka yang terdiri daripada para ulama (gelaran oleh penyokong mereka sendiri) begitu lantang menyatakan hadis dan fatwa yang menyelar tindakan memfitnah seseorang, tetapi kini hanya mampu berdiam diri.

Mengapa para Ulama ini tidak bertindak mengkritik pembangkang di atas fitnah besar yang mereka lakukan terhadap perdana menteri kita? Bukankah Ulama tidak boleh bersikap berat sebelah. Ulama harus adil dalam setiap perkara. Seharusnya para Ulama ini tampil ke hadapan dan mempertahankan seorang pemimpin negara islam yang disegani dunia, bukannya bersekongkol dengan seorang penzina dan peliwat tegar !

Layakkah mereka ini digelar sebagai Ulama? Adakah mereka ini yang boleh digelar Ulama Politik semata-mata?

Tepuk dada tanya selera...

Aura Seorang Pemimpin Sebenar !




Ketika sedang sibuk dengan bermacam-macam persiapan untuk menghadapi pilihan raya kecil di Sarawak, penduduk di sekitar Kampung Pulo, Petra jaya amat bertuah kerana dapat mendengar sendiri ceramah daripada seorang bekas pemimpin yang ulung iaitu Tun Mahathir. Seringkali penulis merasakan seperti ada suatu aura yang berbeza setiap kali Tun Mahathir tampil memberikan ucapan walaupun di mana-mana ceramah sekalipun.

Seperti yang dijangkakan, Tun Mahathir memberi sedikit komen mengenai bekas anak didiknya Anwar Ibrahim pada ceramah tersebut. Tun mengingatkan kepada penduduk di Kampung Pulo agar tidak terpengaruh dengan segala taktik-taktik kotor Anwar Ibrahim dalam misinya untuk menawan Sarawak.
Tun Mahathir ternyata mempunyai auranya yang tersendiri. Seramai 5 ribu orang datang untuk melihat Tun secara lebih dekat. Peluang yang tidak boleh dilepaskan oleh penduduk Kampung Pulo. Perbezaan dapat dilihat dengan jelas antara Tun Mahathir dan Anwar Ibrahim. Ianya ibarat perbezaan kuasa positif dan negatif. Tun Mahathir disanjung kerana kredibilitinya sebagai seorang pemimpin negara yang ulung, manakala Anwar Ibrahim disanjung oleh penyokongnya kerana isu-isu panasnya sahaja.

Dengar-dengar dengan kehadiran Tun Mahathir di Bumi Sarawak, Anwar Ibrahim dengan segera telah meninggalkan Sarawak dan pulang ke Semenanjung. Pelik penulis, apa yang ditakutkan? bukankah ini adalah peluang Anwar Ibrahim untuk bersemuka terus dengan Tun Mahathir? Jika segala dakwaan Anwar mengenai Buku Tun Mahathir adalah benar, mengapa perlu takut dengan Tun? Ini adalah peluang keemasan untuk Anwar menunjukkan kepada rakyat Sarawak bahawa Tun Mahathir benar-benar menganayainya...

Tiada siapa lagi yang berfikiran waras menyokong Anwar Ibrahim. Hanya tinggal mereka yang jumud membontoti Anwar...

PERANAN PUTERI UMNO AMAT PENTING


Barisan Nasional sedang giat memperkuatkan jentera-jentera parti dari segi persiapan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum yang akan datang. Dapat kita lihat melalui pilihan raya kecil yang telah berlalu, jentera-jentera pilihan raya bertungkus lumus membantu Barisan Nasional dalam memastikan rakyat memberi sokongan. Dengan berkat usaha yang tidak kenal erti penat, akhirnya kejayaan dapat dikecapi oleh Barisan Nasional.

Seringkali penulis lihat salah satu jentera pilihanraya yang begitu aktif mendekati rakyat adalah Puteri UMNO. Siapa yang tidak suka melihat mereka ini? Dianggotai oleh para-para remaja dan golongan profesional, bersama-sama turun mendekati rakyat, menjalankan program-program yang bermanfaat bagi rakyat, demi menyedarkan mereka betapa pihak kerajaan amat menghargai sokongan daripada mereka semua.

Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Shirlin amat bijak dalam mempersiapkan anak buahnya dengan persediaan dalam menghadapi pilihan raya. Penulis amat teruja apabila melihat mereka beramai-ramai berarak, beramah mesra dengan seluruh penduduk di kawasan pilihan raya. Hanya dengan melihat wajah keihklasan mereka, rasa seperti segala penat lelah hilang begitu sahaja. Penduduk-penduduk jelas menyukai Puteri UMNO. Dengan imej segar, ceria, bersemangat dan ikhlas, penulis rasa Puteri UMNO merupakan satu jentera pilihan raya yang amat besar pengaruhnya dan ini adalah satu kelebihan buat Barisan Nasional.

Walaupun ada pihak yang mencemburui Puteri-puteri, ada yang membuat fitnah terhadap sayap kepimpinan puteri, penulis rasa itu adalah satu dugaan politik yang harus ditempuh Puteri UMNO pada masa ini. Jangan berputus asa, jangan biarkan anasir-anasir jahat ini melemahkan semangat perjuangan Puteri UMNO.

Jika ada yang kata Puteri UMNO tidak bersatu padu... itu tipu
Jika ada yang kata Puteri tidak sehebat dulu... itu dengki

Jika ada yang kata Puteri pentingkan kuasa... itu dia


Buat masa ini, fokus Puteri UMNO seharusnya kepada usaha-usaha untuk mendapatkan lebih banyak sokongan daripada rakyat untuk Barisan Nasional. Jangan dihiraukan lalat-lalat yang cuba mengganggu keharmonian warga puteri. Berdirinya Puteri UMNO sebaris bersama Pemuda UMNO dan Wanita UMNO adalah untuk menjadi jentera bantuan Barisan Nasional.

Buktikan kemampuan Puteri UMNO!

Rakyat Didahulukan
Pencapaian Diutamakan

Dua Beranak Menggelabah ?


Pada mulanya dilihat Wan Azizah dan Anaknya seperti cuba buat-buat ceria di hadapan wartawan ketika beliau membuat pernyataan mengenai Video Seks Anwar Ibrahim yang tersebar. Beliau menyatakan ternyata ianya bukan Anwar Ibrahim, kerana mereka amat mengenali susuk tubuh Anwar Ibrahim. Pelbagai hujah dikemukakan oleh Wan Azizah untuk menyangkal dakwaan orang ramai, diantaranya ialah pinggul yang berbeza, janggut, dan bentuk dada.

Penulis rasa ini semua adalah alasan yang lemah jika digunakan untuk menyangkal dakwaan Video Seks terbabit. Seharusnya Wan Azizah patut mengemukakan Jam Tangan Omega yang didakwanya ada di dalam simpanannya.

Malah ketika di soal seorang wartawan mengenai jam tangan itu, reaksi Wan Azizah terus bertukar daripada ceria menjadi seorang yang cemas. Kita semua tahu akan cara keluarga Anwar ini sejak dulu hingga sekarang. Pantang jika ada sebarang bukti yang boleh menjahanamkan Kerajaan, maka mereka tidak akan menunggu untuk mendedahkan bukti kepada umum. Tetapi mengenai Jam Tangan Omega, Wan Azizah masih tidak dapat menunjukkan jam tersebut.
Penulis tahu akan keunikan Jam Tangan Omega Anwar Ibrahim. Justeru itu adalah mustahil untuk Wan Azizah mendapatkan jam tangan yang baru bagi menggantikan yang lama. Ini adalah alasan utama mengapa sehingga kini beliau gagal untuk menunjukkan jam terbabit.

Jam Tangan Omega sememangnya tiada di dalam simpanan Wan Azizah. Ini jelas menunjukkan beliau cuba menyembunyikan fakta dimana Anwar Ibrahim Ternyata bersalah !

Bangkai Tetap Akan Berbau


Pihak Polis telah mengesahkan ketulenan video seks Ketua Pembangkang yang menjadi topik hangat ketika ini. Namun Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar tidak mahu mendedahkan siapa ketua pembangkang terbabit.

Namun, kita semua sudah tahu siapa yang menjadi pelakon utama video hangat tersebut. Malah Anwar Ibrahim sendiri telah pun membuat kenyataan kepada wartawan dimana beliau menyangkal pembabitan beliau dalam video terbabit.

Pelik..kenapa Anwar beriya-iya sangat nak sangkal dakwaan dia adalah pelakon itu. Tidak perlu takut jika benar bukan dia terlibat. Tapi reaksi cemas Anwar telah memakan dirinya sendiri.

Barisan pemimpin pembangkang juga tidak senang duduk dengan keadaan ini. Masakan tidak? Anwar merupakan Ikon bagi Pakatan Rakyat. Kini imej mereka telah dicemari oleh Anwar sendiri. Dicemari dengan perlakuan lucah sumbang Anwar Ibrahim yang berjaya dibongkari oleh Rakyat.

Kepercayaan rakyat Malaysia terhadap Pakatan Rakyat semakin luntur. Mereka sedar jika Pakatan Rakyat yang memerintah, maka Anwar akan diangkat sebagai Perdana Menteri. Ini yang mereka tolak! Siapa yang mahukan Pemimpin yang bernafsu binatang seperti Anwar? Malah ternyata, pihak Pakatan Rakyat sememangya ketandusan calon yang sesuai untuk menjadi Perdana Menteri. Ini jelas menunjukkan Pakatan Rakyat tidak mempunyai kriteria untuk memerintah Malaysia.

Penulis berharap agar rakyat Malaysia tidak berfikiran cetek. Ini bukan perkara kecil. Ini berkaitan kestabilan dan kemakmuran Malaysia. Fikir dulu sebelum UNDI !