Nik Aziz Yang Sepatutnya Bertaubat


Inilah masalahnya jika manusia sudah lupa diri. Bila dah bertahun dirinya dipanggil dan digelar Ulama oleh para penyokongnya, maka semakin hari dilihat Nik Aziz semakin lupa diri. Barangkali Nik Aziz merasakan dirinya kebal daripada sebarang dosa. Barangkali juga Nik Aziz merasakan dirinya adalah bersifat maksum sehinggakan dirinya tidak boleh ditegur oleh mana-mana pihak sekalipun.

Adalah menjadi kesusahan kepada Parti PAS apabila Nik Aziz yang merupakan Mursyidul Am PAS dilihat semakin sibuk mempertahankan Anwar Ibrahim daripada menjaga kebajikan ahli PAS sendiri.

Terbaru, Nik Aziz Nik Abdul Aziz yang dalam ceramahnya di Kampung Setia, Kuang, menasihatkan pihak yang menabur fitnah terhadap Anwar dengan mengaitkannya dengan rakaman video seks tampil memohon maaf. Menteri Besar Kelantan itu berkata, orang yang membuat fitnah tidak akan merasa nikmat kubur apatah lagi hendak masuk syurga melainkan kena minta maaf kepada Anwar.

Malah Nik Aziz juga membuat kenyataan bahawa Anwar Ibrahim adalah merupakan seorang Pemimpin yang berlandaskan Syiar Islam.

Persoalannya adakah penilaian Nik Aziz terhadap Anwar Ibrahim juga dipersetujui oleh barisan kepimpinan PAS yang lain?

Bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat, Prof. Madya Mohd. Noor Deris, berkata, tindakan Nik Abdul Aziz itu jelas bercanggah dengan politik diamalkan oleh Rasulullah SAW yang diutuskan untuk menyempurnakan akhlak umat manusia.

"Nik Abdul Aziz mengaku memperjuangkan Islam tetapi membela pemimpin yang dikaitkan dengan pelbagai isu moral. Minta Nik Abdul Aziz bertaubat kerana membela orang seperti Anwar.

"Tindak-tanduk pemimpin Pas itu semakin bertentangan dengan perjuangan Rasulullah,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Walaupun digelar sebagai Ulama di kalangan pengikutnya, ini bukanlah tiket untuk Nik Aziz sewenang-wenangnya mempergunakan Islam bagi tujuan kepentingan politik peribadinya. Ahli-ahli PAS sendiri harus bijak untuk menilai sesuatu nasihat yang datang daripada Nik Aziz, kerana dengan tindakan beliau kini jelas banyak mengelirukan umat Islam di Malaysia.

Sultan Murka ! Khalid Bagi RM1,000 sahaja ! Majlis Yayasan Sampai RM300,000 !


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim akan memberi sumbangan sebanyak RM1,000 kepada setiap keluarga yang "ANAKNYA TERKORBAN" di dalam kejadian Tanah Runtuh Rumah Anak-Anak Yatim di Hulu Langat, sabtu lalu.

RM1,000 sahaja? Itukah jumlah yang akan diberikan daripada pihak kerajaan Selangor kepada mangsa-mangsa tersebut?

Difahamkan juga, Khalid telah memerintahkan agar satu dana khas diwujudkan bagi bantuan secara keseluruhan. Tetapi jumlahnya tidak dinyatakan ? Exco kebajikan Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail mengatakan, walaupun dana tersebut memang sentiasa ada tetapi jumlahnya belum dapat ditentukan sehingga semua mangsa dikeluarkan.

Mengapa perlu tunggu jumlah mangsa? Adakah pihak Kerajaan Barisan Nasional menunggu sehingga seluruh mangsa diselamatkan baru ingin mengumumkan bentuk bantuan? Tidak! Timbalan Perdana Menteri lebih awal mengarah agar segala perbelanjaan kos perubatan akan ditanggung oleh kerajaan. Perdana Menteri telah berjanji agar Rumah Anak Yatim tersebut akan dibina semula dan kosnya akan ditanggung Kerajaan. Malah setiap keluarga mangsa akan diberikan bantuan kewangan sebanyak RM10,000.

Bukan seperti Khalid! Hanya keluarga yang ANAKNYA TERKORBAN sahaja diberi bantuan, dan itupun hanya RM1,000 !


Mengapa Majlis Ulangtahun ke 40 Yayasan Selangor boleh ada peruntukan sehingga RM300,000!. Adakah untuk majlis ini juga adanya dana khas negeri Selangor yang sentiasa ada itu?

Mungkinkah Sultan Selangor akan murka sekali lagi apabila mengetahui jumlah bantuan RM1,000 sahaja yang diarahkan oleh Khalid untuk mangsa-mangsa tersebut?

Mungkinkah Sultan Selangor akan murka sekali lagi apabila melihat tiada langsung kelibat Khalid dan exco-exco kerajaan negeri Selangor hadir ketika baginda turun dan melawat mangsa kejadian?


Di Mana Khalid ketika itu dan ketika ini? Beliau berada di luar negara ! Untuk bermesyuarat kononnya? Tidak pula Khalid nyatakan mesyuarat apa?

Pasti Sultan Selangor mahukan penjelasan Khalid berhubung perkara ini!

KEJADIAN TANAH RUNTUH RUMAH ANAK-ANAK YATIM KPG GAHAL HULU LANGAT



Kira-kira 20 kanak-kanak dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Gahal, Batu 14 di Hulu Langat hari ini.

Setakat pukul 5.30 petang ini, lapan daripada mereka telah dikeluarkan daripada runtuhan itu oleh pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).


Difahamkan ketika kejadian kira-kira 2.30 petang tadi, semua kanak-kanak itu sedang berada di dewan makan rumah anak-anak yatim itu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, seramai 49 orang berada di kawasan Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis ketika kejadian tanah runtuh itu berlaku.




Katanya, seramai 24 orang terperangkap akibat kejadian berkenaan iaitu 20
pelajar dan empat warden."Difahamkan berlaku dua tanah runtuh serentak pada masa kejadian," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Beliau juga berkata, dua mangsa yang maut masing-masing berumur 11 dan 14 tahun.

Sementara itu, Tun Hisan meminta orang ramai yang berada di tempat kejadian supaya menjauhkan diri mereka kerana bimbang tanah runtuh berlaku lagi.


"Saya dengar bunyi dentuman kuat, tiba-tiba tanah kejar saya," kata Ketua Warden Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis, Mohamad Hambali Ismail, 34, ketika ditemuramah wartawan Berita Harian Online, sebentar tadi.

Katanya, ketika kejadian 2.15 petang itu, seramai 23 penghuni sedang membuat persiapan untuk menyambut ketibaan rombongan FINAS yang dijadualkan makan tengah dan beramah mesra dengan anak yatim.

"Ketika sedang sibuk membuat persiapan, saya terdengar dentuman kuat. Saya tidak dapat berbuat apa-apa dan terpaksa lari menyelamatkan diri," katanya.

Beliau berkata, sementara menunggu rombongan FINAS, anak yatim terbabit sebahagiannya berlatih kompang dan nasyid.




Ketika kejadian, 23 orang berada di bawah khemah untuk majlis makan tengah hari itu.

Rumah anak yatim berkenaan mempunyai 34 penghuni, semuanya lelaki.

Setakat ini, dua penghuni maut dan enam pula cedera parah.

Sementara itu, seorang penghuni rumah anak yatim berkenaan, Mohd Faizal Isni, 17, berkata, ketika kejadian dia ke tandas dan tiba-tiba kejadian berkenaan berlaku.

"Saya nampak kawan-kawan yang berada bawah khemah sudah tertimbus, cuma nampak tangan dan kepala mereka. Semuanya terkambus.

"Masa yang sama, ketika saya menoleh ke belakang ternampak tanah runtuh seperti mengejar saya," katanya.

Nik Aziz : Ulama Atau P*K*M*K !




Bagaimana Seorang Ulama gelaran penganut-penganut PAS boleh membuat kenyataan sesuka hatinya, tanpa memikirkan perasaan seluruh umat Islam di Malaysia?

Nik Aziz hari ini membuat kenyataan (Sila Baca Berita Harian) hari ini, Umat Islam di Malaysia harus "JILAT" kaki Anwar Ibrahim untuk diri mereka diterima di SYURGA. Adakah ini salah satu lagi fatwa songsang daripada Nik Aziz?

Ketika isu Ayah PIN dahulu, penyokongnya sanggup meminum air rendaman kakinya hanya untuk mendapatkan keberkatan, dakwa mereka. Dan kini, Nik Aziz pula suruh rakyat jilat kaki Anwar Ibrahim ? Adakah Nik Aziz ini benar-benar Ulama? Adakah ini kata-kata seorang Ulama?

Kata beliau lagi, umat Islam yang menonton video seks terbabit malah mempercayainya tidak akan diterima ke syurga. Hanya dengan menjilat kaki Anwar Ibrahim barulah akan diterima di syurga. Siapa Anwar Ibrahim? Wali? Nabi? sehingga diberi pengiktirafan sebegini daripada Nik Aziz sendiri?

Nik Aziz seumpama menghina seluruh umat Islam di Malaysia ini! Dirinya dianggap benar dalam segala hal hanya kerana gelaran Ulama yang diterimanya daripada penyokong buta hati PAS.

Penulis mengharapkan agar pihak Jabatan Agama Islam dapat bertindak ke atas Ulama Palsu Ini !

Zuraida Bunny Buat Fitnah Lagi !


Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin aka Zuraida Bunny kini telah mereka satu lagi fitnah terhadap UMNO. Tindakan meraih perhatian rakyat ini merupakan salah satu tindakan terdesak daripada pihak PR bagi mengalih perhatian rakyat daripada isu PR menghalau penduduk di Kg Sungai Kerandang.

Zuraida Bunny mendakwa UMNO Barisan Nasional cuba menggunakan rakyat asing sebagai pengundi yang akan digunakan bagi memberi undi kepada Barisan Nasional.

Malah Zuraida Bunny juga menunjukkan surat salinan permohonan sijil kewarganegaraan yang didakwanya daripada Ketua Bahagian UMNO Hulu Selangor, Datuk Idris Abu Bakar untuk dihantar kepada Dato' Seri Hishamuddin. Hari ini, Datuk Idris Abu Bakar membuat kenyataan balas menegaskan beliau tidak pernah menghantar apa-apa surat permohonon pun kepada Dato' Seri Hishamuddin, malah beliau mendakwa tidak tahu menahu mengenai perkara itu. Jelas beliau, Zuraida Bunny ternyata cuba memfitnahnya dengan surat palsu dimana didapati surat itu bukan tandatangannya!

Berikutan demi kebenaran dirinya, Datuk Idris akan membuat laporan polis mengenai isu fitnah ini.

Ternyata para pemimpin UMNO tidak akan gentar untuk bertindak jika mereka mendakwa difitnah oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Datuk Idris jelas berani menegakkan kebenaran diatas tuduhan yang dilemparkan kepada beliau.

Tidak seperti sesetengah pemimpin pembangkang yang tidak berani, malah takut untuk menegakkan kebenaran diri mereka sendiri. Takut kerana mereka tahu, mereka memang salah!

Zuraida Bunny hanya tahu menyalak sahaja, sekadar mahukan perhatian rakyat. Mungkin beliau juga seorang yang gilakan publisiti?

Mengapa tidak sahaja Zuraida mengulas kenapa Penduduk Kg Sungai Keradang dihalau secara zalim oleh Pakatan Rakyat?

Jangan lari Daripada Isu Kezaliman Pakatan Rakyat !