Hebat Mat Sabu Arah Polis Minta Maaf 24 Jam !


Semakin hari semakin naik kepala Mat Sabu ni, hinggakan berani untuk mengarah pihak polis untuk tampil memohon maaf kepadanya dalam masa 24 Jam!

Apa pentingnya Mat Sabu sehinggakan beliau boleh mengarah sesuka hati? Adakah hanya kerana beliau merupakan timbalan presiden PAS, sebuah parti yang bakal kehilangan suara mereka apabila ditenggelami oleh suara DAP dan PKR? Suara Mat Sabu tidak penting bagi negara. Pihak polis tidak perlu untuk melayan karenah sasau Mat Sabu ini.

Jelas rakyat sudah melihat, pembohongan Mat Sabu, fitnah Mat Sabu terhadap Pihak Polis apabila beliau menuduh dirinya dilanggar oleh Pihak Polis sehingga menyebabkan kecederaan serius pada lututnya.

Bukti berupa rakaman video ketika kejadian telah dipertontonkan kepada rakyat! Ternyata Mat Sabu tidak pandai naik motor sehinggakan terjatuh sendiri! Adakah video itu juga satu usaha Superimpose daripada kerajaan?

Hentikanlah penipuan kamu Mat Sabu...Rakyat Malaysia benci kepada BERSIH 2.0 yang lebih banyak menyusahkan hidup mereka.

Balasan Setimpal Kepada Pengkhianat Negara !


Adakah tindakan Kerajaan untuk membuang pelajar-pelajar di Mesir dilihat sebagai satu tindakan yang kejam?

Pelajar-pelajar ataupun layak digelar pengkhianat-pengkhianat negara ini telah dibuang daripada meneruskan pelajaran mereka di Mesir kerana didapati mereka adalah dalang utama yang merancang demonstrasi BERSIH 2.0 di sana.

Adakah kerajaan Kejam? TIDAK !

Kini para pengkhianat ini ada hati ingin mendesak kerajaan untuk mempertimbangkan semula keputusan pembuangan tersebut. MENDESAK !

Adakah ini cara yang sepatutnya dilakukan untuk meminta kerajaan meneliti semula keputusan tersebut? Dengan MENDESAK?

Mengapa perlu kerajaan meneliti atau mempertimbangkan kembali keputusan itu? Adakah mereka mendengar cadangan kerajaan agar MEREKA mempertimbangkan untuk tidak mengadakan demonstrasi BERSIH ? TIDAK !!

Pengajian mereka dibiyai oleh Kerajaan! Ketika krisis di Mesir dahulu, Kerajaan yang menghantar mereka pulang! Tetapi kini, mereka menentang kerajaan!

Apa yang perlu mereka takutkan? Tidak mempunyai wang untuk meneruskan pelajaran di Mesir?

Tidak apa! Minta sahaja pada Ambiga! Minta sahaja pada Nik Aziz! Minta sahaja pada Anwar Ibrahim! Mereka pasti dengan ikhlas akan membantu para penyokong mereka.

Inilah Balasan Yang Setimpal Kepada Pengkhianat Negara! RASAKAN !

Siasat Atau Rombak Semula Majlis Peguam !


Kebelakangan ini banyak kritikan yang diterima oleh pihak Kerajaan dan SPRM berikutan kes kematian BUNUH DIRI - Teoh Beng Hock. Pihak pembangkang tidak melepaskan peluang untuk menjadikan isu ini sebagai salah satu peluru mereka untuk menghentam kerajaan Barisan Nasional dan juga pihak SPRM.

Kita telah lihat bagaimana keluarga mendiang Teoh Beng Hock juga telah terpengaruh dengan hasutan syaitan berniat jahat daripada pihak pembangkang. Mereka terus menerus menuduh SPRM yang bertanggungjawab dalam "Membunuh" Teoh Beng Hock. Pelbagai taktik yang mereka gunakan bagi menguatkan dakwaan mereka bahawa Teoh mati dibunuh dan bukannya membunuh diri.

Kita juga dapat lihat peranan yang dimainkan oleh Pihak DAP, PKR malah PAS juga di dalam isu ini. Justeru itu satu suruhanjaya diraja telah ditubuhkan bagi melakukan siasatan ke atas kematian Teoh Beng Hock. Kini keputusan siasatan telah kita ketahui. Teoh Beng Hock ternyata membunuh diri kerana tertekan. Malah tekanan itu berpunca daripada siasatan ke atasnya berhubung isu rasuah seorang pemimpin DAP di Selangor.

Nyata kini! DAP yang bertanggungjawab di atas kematian Teoh Beng Hock. Apakah reaksi keluarga Teoh apabila mendapati, rupa-rupanya DAP yang bertanggungjawab!

Kini kedengaran pula kritikan dan bantahan daripada pihak Majlis Peguam yang dikatakan tidak menerima keputusan siasatan Suruhanjaya Diraja. Kenapa mereka pertikaikan pula? Adakah ini kali pertama Siasatan Suruhanjaya Diraja ini digunakan di negara kita? Adakah logik pada akal apabila keputusan tersebut dipertikaikan oleh Majlis Peguam? Apa lagi yang mereka mahu?

Mengapa perhatian seperti ini tidak diberikan kepada kes pembunuhan Sosilawati yang nyata telah dibunuh dengan kejam! Adakah kerana pembunuh itu terdiri daripada ahli Majlis Peguam?

Ini bermakna Majlis Peguam juga tidak bersikap telus di dalam sesuatu isu. Ternyata Majlis Peguam mempunyai agenda mereka tersendiri terhadap isu kematian Teoh Beng Hock. Pihak Kerajaan harus meneliti perkara ini dengan lebih mendalam.

Adakah Majlis Peguam harus dirombak semula ?

Batalkan Biasiswa Pelajar Pengkhianat !

Ketika tiada sumber kewangan ketika mahu melanjutkan pelajaran, para ibu bapa mereka sanggup berhempas pulas, merayu kepada pihak kerajaan untuk mendapatkan bantuan biasiswa untuk anak mereka. Akhirnya setelah pelajar ini diberi bantuan kewangan yang secukupnya, kini mereka berpaling tadah bersekongkol dengan pihak pembangkang yang mempunyai agenda untuk menjatuhkan kerajaan.

Lihat sendiri para pelajar Malaysia di Mesir yang tidak mempunyai kesedaran, tidak tahu berterima kasih diatas bantuan yang mereka terima selama ini.



Sumber daripada mediapermatangpauh.blogspot


Adakah ini balasan yang harus diterima Kerajaan setelah segala bantuan diberikan kepada mereka ini? Sedarkah mereka semua, betapa ramai lagi rakyat malaysia yang tidak bernasib baik seperti mereka, yang terpaksa melupakan hasrat untuk melanjutkan pelajaran mereka kerana kekurangan sumber kewangan?

Seharusnya Pihak Kerajaan bertindak tegas keatas pelajar-pelajar ini. Tarik kembali biasiswa mereka sebagai pengajaran kepada mereka. Lebih tegas lagi jika Kerajaan dapat berkerjasama dengan pihak universiti dan menggantung pengajian mereka yang terang-terangan menentang kerajaan.