Konsert MTV Diteruskan. PAS Tiada Kuasa Dalam Pakatan Rakyat


Satu Konsert Besar-besaran akan diadakan di Kawasan Komersial Antarabangsa I-City, Selangor. Konsert MTV World Stage Live itu diadakan bagi tujuan mempromosikan Shah Alam di Pentas Dunia.

Namun sebaliknya perkara ini tidak dipersetujui oleh Dewan Pemuda PAS, Negeri Selangor. Mereka telah menyatakan bantahan mereka kepada Tan Sri Khalid Ibrahim berhubung isu ini. PAS menyatakan penganjuran Konsert MTV World Stage Live ini adalah bertentangan dengan Enekmen Kawalan Hiburan Negeri Selangor.

Tetapi Tan Sri Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor menolak usul daripada Dewan Pemuda PAS!. Khalid Ibrahim memberi alasan bahawa kelulusan telah diberikan sejak tahun lepas dan Konsert tersebut adalah hasil daripada cadangan Sultan Selangor sendiri.

Apa dah jadi? Pakatan Rakyat nampaknya tidak menunjukkan pakatan mereka yang sepatutnya.

Apakah PAS tidak mempunyai suara langsung di dalam Pakatan Rakyat? Adakah ini bermakna PAS tidak langsung dihiraukan oleh Pakatan Rakyat?

Adakah PAS akan membiarkan sahaja konsert tersebut dijalankan? Bukankah ianya amat bertentangan dengan ajaran Agama Islam? Pasti ramai remaja yang akan leka ketika konsert tersebut dijalankan, malah mereka akan disajikan dengan hiburan-hiburan yang pasti akan bertentangan dengan ajaran Agama Islam.

Apa kata Ulama Nik Aziz dan Hadi Awang? Adakah mereka akan menghalalkan konsert tersebut? adakah mereka akan usulkan pula agar diadakan satu solat berjemaah besar-besaran sebelum konsert yang penuh dengan unsur haram itu diadakan nanti?

Atau adakah para kumpulan pemuzik yang terlibat akan diwajibkan memakai jubah dan purdah?

Saya usulkan agar Dewan Pemuda PAS mengajak para pejuang berani AMK untuk turun bersama-sama dan buat satu demonstrasi bagi menuntut Konsert tersebut dibatalkan! Kita jangan gentar dengan Khalid Ibrahim! Perjuangan Islam harus kita teruskan tidak kira siapa pun yang menjadi penghalang!

TAKBIR !!!

[Video] Forum Sinar: Khairy, Nasrudin, Dr Asri Mengulas Isu Video Seks Anwar Ibrahim Part 1

Forum Sinar: Khairy, Nasrudin, Dr Asri Mengulas Isu Video Seks Anwar Ibrahim.


Nik Aziz Yang Sepatutnya Bertaubat


Inilah masalahnya jika manusia sudah lupa diri. Bila dah bertahun dirinya dipanggil dan digelar Ulama oleh para penyokongnya, maka semakin hari dilihat Nik Aziz semakin lupa diri. Barangkali Nik Aziz merasakan dirinya kebal daripada sebarang dosa. Barangkali juga Nik Aziz merasakan dirinya adalah bersifat maksum sehinggakan dirinya tidak boleh ditegur oleh mana-mana pihak sekalipun.

Adalah menjadi kesusahan kepada Parti PAS apabila Nik Aziz yang merupakan Mursyidul Am PAS dilihat semakin sibuk mempertahankan Anwar Ibrahim daripada menjaga kebajikan ahli PAS sendiri.

Terbaru, Nik Aziz Nik Abdul Aziz yang dalam ceramahnya di Kampung Setia, Kuang, menasihatkan pihak yang menabur fitnah terhadap Anwar dengan mengaitkannya dengan rakaman video seks tampil memohon maaf. Menteri Besar Kelantan itu berkata, orang yang membuat fitnah tidak akan merasa nikmat kubur apatah lagi hendak masuk syurga melainkan kena minta maaf kepada Anwar.

Malah Nik Aziz juga membuat kenyataan bahawa Anwar Ibrahim adalah merupakan seorang Pemimpin yang berlandaskan Syiar Islam.

Persoalannya adakah penilaian Nik Aziz terhadap Anwar Ibrahim juga dipersetujui oleh barisan kepimpinan PAS yang lain?

Bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat, Prof. Madya Mohd. Noor Deris, berkata, tindakan Nik Abdul Aziz itu jelas bercanggah dengan politik diamalkan oleh Rasulullah SAW yang diutuskan untuk menyempurnakan akhlak umat manusia.

"Nik Abdul Aziz mengaku memperjuangkan Islam tetapi membela pemimpin yang dikaitkan dengan pelbagai isu moral. Minta Nik Abdul Aziz bertaubat kerana membela orang seperti Anwar.

"Tindak-tanduk pemimpin Pas itu semakin bertentangan dengan perjuangan Rasulullah,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Walaupun digelar sebagai Ulama di kalangan pengikutnya, ini bukanlah tiket untuk Nik Aziz sewenang-wenangnya mempergunakan Islam bagi tujuan kepentingan politik peribadinya. Ahli-ahli PAS sendiri harus bijak untuk menilai sesuatu nasihat yang datang daripada Nik Aziz, kerana dengan tindakan beliau kini jelas banyak mengelirukan umat Islam di Malaysia.

Sultan Murka ! Khalid Bagi RM1,000 sahaja ! Majlis Yayasan Sampai RM300,000 !


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim akan memberi sumbangan sebanyak RM1,000 kepada setiap keluarga yang "ANAKNYA TERKORBAN" di dalam kejadian Tanah Runtuh Rumah Anak-Anak Yatim di Hulu Langat, sabtu lalu.

RM1,000 sahaja? Itukah jumlah yang akan diberikan daripada pihak kerajaan Selangor kepada mangsa-mangsa tersebut?

Difahamkan juga, Khalid telah memerintahkan agar satu dana khas diwujudkan bagi bantuan secara keseluruhan. Tetapi jumlahnya tidak dinyatakan ? Exco kebajikan Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail mengatakan, walaupun dana tersebut memang sentiasa ada tetapi jumlahnya belum dapat ditentukan sehingga semua mangsa dikeluarkan.

Mengapa perlu tunggu jumlah mangsa? Adakah pihak Kerajaan Barisan Nasional menunggu sehingga seluruh mangsa diselamatkan baru ingin mengumumkan bentuk bantuan? Tidak! Timbalan Perdana Menteri lebih awal mengarah agar segala perbelanjaan kos perubatan akan ditanggung oleh kerajaan. Perdana Menteri telah berjanji agar Rumah Anak Yatim tersebut akan dibina semula dan kosnya akan ditanggung Kerajaan. Malah setiap keluarga mangsa akan diberikan bantuan kewangan sebanyak RM10,000.

Bukan seperti Khalid! Hanya keluarga yang ANAKNYA TERKORBAN sahaja diberi bantuan, dan itupun hanya RM1,000 !


Mengapa Majlis Ulangtahun ke 40 Yayasan Selangor boleh ada peruntukan sehingga RM300,000!. Adakah untuk majlis ini juga adanya dana khas negeri Selangor yang sentiasa ada itu?

Mungkinkah Sultan Selangor akan murka sekali lagi apabila mengetahui jumlah bantuan RM1,000 sahaja yang diarahkan oleh Khalid untuk mangsa-mangsa tersebut?

Mungkinkah Sultan Selangor akan murka sekali lagi apabila melihat tiada langsung kelibat Khalid dan exco-exco kerajaan negeri Selangor hadir ketika baginda turun dan melawat mangsa kejadian?


Di Mana Khalid ketika itu dan ketika ini? Beliau berada di luar negara ! Untuk bermesyuarat kononnya? Tidak pula Khalid nyatakan mesyuarat apa?

Pasti Sultan Selangor mahukan penjelasan Khalid berhubung perkara ini!

KEJADIAN TANAH RUNTUH RUMAH ANAK-ANAK YATIM KPG GAHAL HULU LANGAT



Kira-kira 20 kanak-kanak dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Gahal, Batu 14 di Hulu Langat hari ini.

Setakat pukul 5.30 petang ini, lapan daripada mereka telah dikeluarkan daripada runtuhan itu oleh pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).


Difahamkan ketika kejadian kira-kira 2.30 petang tadi, semua kanak-kanak itu sedang berada di dewan makan rumah anak-anak yatim itu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, seramai 49 orang berada di kawasan Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis ketika kejadian tanah runtuh itu berlaku.




Katanya, seramai 24 orang terperangkap akibat kejadian berkenaan iaitu 20
pelajar dan empat warden."Difahamkan berlaku dua tanah runtuh serentak pada masa kejadian," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Beliau juga berkata, dua mangsa yang maut masing-masing berumur 11 dan 14 tahun.

Sementara itu, Tun Hisan meminta orang ramai yang berada di tempat kejadian supaya menjauhkan diri mereka kerana bimbang tanah runtuh berlaku lagi.


"Saya dengar bunyi dentuman kuat, tiba-tiba tanah kejar saya," kata Ketua Warden Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis, Mohamad Hambali Ismail, 34, ketika ditemuramah wartawan Berita Harian Online, sebentar tadi.

Katanya, ketika kejadian 2.15 petang itu, seramai 23 penghuni sedang membuat persiapan untuk menyambut ketibaan rombongan FINAS yang dijadualkan makan tengah dan beramah mesra dengan anak yatim.

"Ketika sedang sibuk membuat persiapan, saya terdengar dentuman kuat. Saya tidak dapat berbuat apa-apa dan terpaksa lari menyelamatkan diri," katanya.

Beliau berkata, sementara menunggu rombongan FINAS, anak yatim terbabit sebahagiannya berlatih kompang dan nasyid.




Ketika kejadian, 23 orang berada di bawah khemah untuk majlis makan tengah hari itu.

Rumah anak yatim berkenaan mempunyai 34 penghuni, semuanya lelaki.

Setakat ini, dua penghuni maut dan enam pula cedera parah.

Sementara itu, seorang penghuni rumah anak yatim berkenaan, Mohd Faizal Isni, 17, berkata, ketika kejadian dia ke tandas dan tiba-tiba kejadian berkenaan berlaku.

"Saya nampak kawan-kawan yang berada bawah khemah sudah tertimbus, cuma nampak tangan dan kepala mereka. Semuanya terkambus.

"Masa yang sama, ketika saya menoleh ke belakang ternampak tanah runtuh seperti mengejar saya," katanya.