1 .Perhimpunan haram Bersih 2 yang dirancang untuk diadakan pada 9 Julai nanti, diketuai oleh individu yang memperjuangkan beberapa isu kontroversi seperti kes murtad dan suruhanjaya antara agama di negara ini.
2. Apa yang difahami, perhimpunan haram itu diketuai bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan dan Timbalan Presiden Pas, Mohammad Sabu yang sememang suka membangkitkan isu-isu kontroversi.
3. Mat Sabu semua orang kenal, tetapi tidak ramai yang tahu mengenai Ambiga, beliau adalah peguam kepada Lina Joy, (gadis Melayu yang mohon keluar Islam untuk berkahwin dengan pemuda India beragama Kristian).
4. Ambiga juga adalah antara individu yang terbabit dengan suruhanjaya antara agama (IFC) serta pendokong dan penyokong kuat isu murtad di negara ini.
5. Tidak kira siapa, perhimpunan haram atau demonstrasi jalanan tidak harus dibenarkan di negara ini, tiada keperluan untuk kita mengadakan perkara itu, banyak masalah yang timbul daripada kebaikan dan perkara sebegini perlu dibendung.
6. Pada umat Islam yang ingin menegur pemerintah haruslah berdasarkan saranan Rasulullah SAW iaitu melakukannya mengikut saluran yang betul iaitu “Lakukanlah secara peribadi dan individu, dan ia (nasihat) harus diberi secara rahsia, kerana apabila mana sesuatu nasihat diberi secara terbuka, itu bukan lagi nasihat, sebaliknya ia akan membuka keaiban pemerintah".
7. Merujuk kepada sejarah Islam, terdapat kisah menceritakan bagaimana seorang Yahudi bernama Abdullah Saba menganjurkan perhimpunan pada zaman Khalifah Uthman Affan sehingga menimbulkan perpecahan dan akhirnya mengorbankan nyawa khalifah itu sendiri.
8. Merujuk kepada penggunaan dalil oleh bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang memetik sebuah hadis Rasulullah mengenai seorang sahabat mengadakan demonstrasi jalanan kerana disakiti jiran sebagai dalil membenarkan demonstrasi jalanan adalah tidak tepat.
*“Cara guna dalil itu tidak tepat, tajuk dalil itu tak sama, dalil kejiranan tak boleh disamakan dengan dalil kepimpinan. Hadis itu memang sahih, tetapi situasinya tidak sama kerana jiran tidak boleh disamakan dengan pemerintah,” kata Dr Fadlan Mohd Othman, Pensyarah Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
9. Golongan minoriti yang menganjurkan perhimpunan BERSIH seharusnya menghormati golongan majoriti yang rata-rata menyokong KERAJAAN.
* Sesebuah KERAJAAN terbentuk apabila majoriti rakyat menyokong sesebuah parti yang di ingini.. Jadi golongan minoriti yang menentang KERAJAAN yang dibentuk mesti menghormati keputusan majoriti. Setiap KERAJAAN yang dibentuk boleh berbuat apa sahaja yang perlu sekiranya menganggu gugat kehendak MAJORITI yang menyokong KERAJAAN.