Ketua Puteri UMNO Dikritik Mantan


Penulis berasa terkilan kerana YB Datuk Rosnah dijadikan mangsa mainan politik oleh seseorang yang pernah menjadi bekas ketua Puteri UMNO. YB Datuk telah dipertikaikan kredibilitinya dalam menjalankan tugas sebagai Ketua Puteri UMNO. Malah bekas ketua puteri itu juga dengan lantang menyarankan agar Puteri UMNO dibubarkan.

Apakah perasaan ahli-ahli Puteri UMNO seluruh Malaysia dengan pernyataan itu?
Haruskah Puteri berdiam diri?

Haruskah Puteri biarkan sahaja pemimpin kesayangan mereka YB Datuk Rosnah dikritik oleh bekas ketua puteri yang langsung tidak menghiraukan Puteri selama ini?

Jangan dirisaukan datuk, majoriti ahli puteri umno kenal siapa sebenarnya bekas ketua puteri itu. Jika dahulu dia merasakan dirinya kebal, hebat, tidak boleh disentuh oleh mana-mana pihak. Tetapi kini tidak lagi.

Malah di zaman kegemilangannya, dia terkenal dikalangan ahli puteri sebagai seorang yang megah dengan kuasanya. Malah dia bermegah dengan dirinya sehinggakan padanya barisan pucuk pimpinan UMNO tidak sebijak dia. Dengan lantang, megah dan bongkaknya dia selalu mempertikaikan kewibawaan pemimpin UMNO yang lain ketika ucapannya dalam setiap program puteri.
Penulis masih ingat lagi bagaimana dia dahulu pernah mempunyai isu dengan mantan perdana menteri kita, YB Tun Mahathir. Dia merasakan dirinya lebih hebat daripada Tun Mahathir. Malah Perdana menteri kini, YB Datuk Seri Najib Tun Razak juga dipandang remeh olehnya dahulu.
Tetapi sehebat mana dia pun, tetap tidak dapat mempertahankan kuasanya di dalam UMNO.

Akhir kata penulis, lagi tinggi kita panjat, lagi sakit bila kita jatuh.

1 comment:

  1. orang johor lamaApril 03, 2011

    Manusia selalu lupa bila dah sampai ke puncak, namun sebagai insan sesama insan kenalah kita ingat mengingatkan antara satu dengan lain. Kadang senang sangat insan insan ini berasa dia lebih berkuasa dan terhebat sedangkan ada yg lebih hebat tapi tidak setinggi mana pun suara nya.

    ReplyDelete