Antara Subsidi Air Dan Subsidi Kerajaan



Parti Pakatan Rakyat yang berjaya menawan Selangor pada PRU12, telah menjanjikan air 20 meter padu percuma kepada rakyat Selangor. Ternyata mereka mengotakan janji mereka. Itu tidak saya nafikan.

Tetapi ingin dinyatakan di sini, adakah dengan langkah itu, Negeri Selangor tidak akan menghadapi sebarang masalah dari segi kewangan?

Perlu diingatkan di sini, bagi memberi 20 meterpadu air secara percuma kepada rakyat di Selangor, Pihak Kerajaan Negeri harus membayar kepada Syabas sejumlah RM30 Billion. Namun sehingga kini Pakatan Rakyat gagal untuk melunaskan hutang-hutang tersebut. Perlu diingatkan ini bermakna Negeri Selangor yang berhutang kepada Syabas. Gagal untuk melunaskan hutang tersebut bermakna Negeri Selangor akan hilang pendapatannya.

Bagaimana Pakatan Rakyat hendak menguruskan Negeri Selangor jika Negeri tiada sumber pendapatan?

Pakatan Rakyat sentiasa menggunakan isu Air Percuma bagi meraih sokongan rakyat. Mungkin ada diantara rakyat Selangor yang teruja apabila mendengar Air Percuma. Maka pada mereka Pakatan Rakyat sememangnya mementingkan kebajikan mereka. Tetapi jika Negeri dilanda hutang yang banyak, adakah itu suatu penjagaan kebajikan? atau ianya bakal menjerumus Negeri Selangor ke kancah kemerosotan ekonomi?

Tahukah Rakyat Selangor ?

20 Meter padu air bersamaan dengan RM11.40 sahaja. Dan untuk mendapatkan penjimatan itu, Negeri Selangor bakal muflis setelah diambil alih oleh Pakatan Rakyat?

Tahukah Anda Kerajaan Barisan Nasional memberi :-



Dan sepanjang Barisan Nasional menerajui Negeri Selangor, walaupun tetap mempunyai hutang, tetapi ianya tidak sehingga mencecah RM30 Billion ! dan itu cuma baru Hutang Air !

Penulis berharap agar rakyat Selangor dapat berfikir secara rasional. Jangan hanya kerana ingin menjimatkan RM11.40, negeri kesayangan anda bakal muflis ! Biarlah kita rugi pada hari ini, dan untung kemudian daripada muflis di pengakhirannya.

-Panrita-

No comments:

Post a Comment