Ketua Puteri UMNO Dikritik Mantan


Penulis berasa terkilan kerana YB Datuk Rosnah dijadikan mangsa mainan politik oleh seseorang yang pernah menjadi bekas ketua Puteri UMNO. YB Datuk telah dipertikaikan kredibilitinya dalam menjalankan tugas sebagai Ketua Puteri UMNO. Malah bekas ketua puteri itu juga dengan lantang menyarankan agar Puteri UMNO dibubarkan.

Apakah perasaan ahli-ahli Puteri UMNO seluruh Malaysia dengan pernyataan itu?
Haruskah Puteri berdiam diri?

Haruskah Puteri biarkan sahaja pemimpin kesayangan mereka YB Datuk Rosnah dikritik oleh bekas ketua puteri yang langsung tidak menghiraukan Puteri selama ini?

Jangan dirisaukan datuk, majoriti ahli puteri umno kenal siapa sebenarnya bekas ketua puteri itu. Jika dahulu dia merasakan dirinya kebal, hebat, tidak boleh disentuh oleh mana-mana pihak. Tetapi kini tidak lagi.

Malah di zaman kegemilangannya, dia terkenal dikalangan ahli puteri sebagai seorang yang megah dengan kuasanya. Malah dia bermegah dengan dirinya sehinggakan padanya barisan pucuk pimpinan UMNO tidak sebijak dia. Dengan lantang, megah dan bongkaknya dia selalu mempertikaikan kewibawaan pemimpin UMNO yang lain ketika ucapannya dalam setiap program puteri.
Penulis masih ingat lagi bagaimana dia dahulu pernah mempunyai isu dengan mantan perdana menteri kita, YB Tun Mahathir. Dia merasakan dirinya lebih hebat daripada Tun Mahathir. Malah Perdana menteri kini, YB Datuk Seri Najib Tun Razak juga dipandang remeh olehnya dahulu.
Tetapi sehebat mana dia pun, tetap tidak dapat mempertahankan kuasanya di dalam UMNO.

Akhir kata penulis, lagi tinggi kita panjat, lagi sakit bila kita jatuh.

Mengharap Siaran Langsung Forum Harussani dan Nik Aziz


Tan Sri Harussani telah menyatakan kesediaannya menerima kunjungan daripada Nik Aziz bagi membincangkan perkara-perkara yang boleh memanfaatkan umat Islam.

Penulis amat berminat untuk melihat sendiri kedua-dua tokoh agama yang terkenal ini berdialog sepertimana ketika Anwar Ibrahim berdialog secara langsung dengan Shabery Chik.

Pasti jika hasrat ini dapat direalisasikan, ianya merupakan satu perkara yang baik bagi kedua-dua tokoh ini bertukar pendapat. Umum tahu mengenai krisis perbezaan pendapat antara mereka. Oleh itu, dengan sesi berdialog secara langsung ini adalah diharapkan agar mereka dapat mencapai kata sepakat yang mampu menjana kepada usaha meningkatkan martabat umat Islam.

Kini hanya tinggal persetujuan daripada Nik Aziz, sekiranya beliau benar-benar ikhlas ingin mengunjungi Tan Sri Harussani. Usaha Dewan Pemuda Pas amat dihargai.

Antara Subsidi Air Dan Subsidi Kerajaan



Parti Pakatan Rakyat yang berjaya menawan Selangor pada PRU12, telah menjanjikan air 20 meter padu percuma kepada rakyat Selangor. Ternyata mereka mengotakan janji mereka. Itu tidak saya nafikan.

Tetapi ingin dinyatakan di sini, adakah dengan langkah itu, Negeri Selangor tidak akan menghadapi sebarang masalah dari segi kewangan?

Perlu diingatkan di sini, bagi memberi 20 meterpadu air secara percuma kepada rakyat di Selangor, Pihak Kerajaan Negeri harus membayar kepada Syabas sejumlah RM30 Billion. Namun sehingga kini Pakatan Rakyat gagal untuk melunaskan hutang-hutang tersebut. Perlu diingatkan ini bermakna Negeri Selangor yang berhutang kepada Syabas. Gagal untuk melunaskan hutang tersebut bermakna Negeri Selangor akan hilang pendapatannya.

Bagaimana Pakatan Rakyat hendak menguruskan Negeri Selangor jika Negeri tiada sumber pendapatan?

Pakatan Rakyat sentiasa menggunakan isu Air Percuma bagi meraih sokongan rakyat. Mungkin ada diantara rakyat Selangor yang teruja apabila mendengar Air Percuma. Maka pada mereka Pakatan Rakyat sememangnya mementingkan kebajikan mereka. Tetapi jika Negeri dilanda hutang yang banyak, adakah itu suatu penjagaan kebajikan? atau ianya bakal menjerumus Negeri Selangor ke kancah kemerosotan ekonomi?

Tahukah Rakyat Selangor ?

20 Meter padu air bersamaan dengan RM11.40 sahaja. Dan untuk mendapatkan penjimatan itu, Negeri Selangor bakal muflis setelah diambil alih oleh Pakatan Rakyat?

Tahukah Anda Kerajaan Barisan Nasional memberi :-



Dan sepanjang Barisan Nasional menerajui Negeri Selangor, walaupun tetap mempunyai hutang, tetapi ianya tidak sehingga mencecah RM30 Billion ! dan itu cuma baru Hutang Air !

Penulis berharap agar rakyat Selangor dapat berfikir secara rasional. Jangan hanya kerana ingin menjimatkan RM11.40, negeri kesayangan anda bakal muflis ! Biarlah kita rugi pada hari ini, dan untung kemudian daripada muflis di pengakhirannya.

-Panrita-

Perhimpunan Demonstrasi Anwar Terdesak !


Sudah Terjatuh Baru Terngadah..

Masa buat tidak berfikir panjang apa impaknya di masa hadapan. Inilah yang terjadi hari ini buat Anwar Ibrahim. Situasinya kini amat tidak menyebelahi dirinya.

Mungkin inilah balasan di atas segala perkara-perkara mungkar yang dilakukan Anwar Ibrahim.

Keputusan Mahkamah hari ini jelas memeranjatkan Anwar dan Pengikut-pengikutnya. Siapa sangka di sebalik penolakan permintaan pihak pendakwa untuk membenarkan sampel DNA diberikan sendiri oleh Anwar, tetap ada harga yang perlu dibayar oleh Anwar.

Ini adalah suratan takdir Allah SWT. Kini segala kebenaran akan dibongkar, Bahan bukti DNA yang dikumpul daripada berus gigi, tuala dan Botol air minuman kini telah diputuskan oleh mahkamah sebagai satu perolehan yang sah di sisi undang-undang. Hanya menunggu keputusan daripada pakar untuk mengesahkan perbandingan DNA tersebut.

Kini bertempat di Seberang Jaya Pulau Pinang, Anwar Ibrahim dan pengikutnya berhimpun bagi menjalankan satu demonstrasi yang boleh dianggap demonstrasi terdesak dengan tujuan untuk mendapatkan sokongan rakyat agar ianya dapat dipergunakan Anwar untuk menyelamatkan dirinya.

Persoalan saya, jika benar tidak bersalah, mengapa harus mengadakan satu demonstrasi yang terdesak ini? Mengapa harus takut?

Kita akan ketahui kebenarannya tidak lama lagi. InsyaAllah...